Ahad, 11 Oktober 2009

Terkini Dari Bagan Pinang

Rentetan perjalanan Hari Membuang Undi Pilihan Raya Kecil N.31




10.30 pagi : Di UPU Bagan Pinang - 350 pengundi telah keluar mengundi.


10.20 pagi : Di UPU Ladang Bradwall - serami 102 pengundi telah keluar mengundi. Statistik 25% terima dari pos PAS disana. Jalan masuk ke estet tersebut semakin sesak walaupun pengundi di tempat tersebut hanya 451 pengundi sahaja. Petugas, penyokong kedua-dua parti bertanding dan pelancong pilihanraya dipercayai menyebabkan kesesakkan tersebut.

10.10 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar sampai ke Sek. Keb. Si Rusa, UPU Taman Eastern diiringi beberapa pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

9.40 pagi : Masih di ladang Bradwall - seorang petugas BN 'naik angin' bila penyokong PAS kata BN rasuah. Tetapi tiada sebarang kekecohan berlaku. Dr. Mariah Mahmud sedang menenagkan petugas dan penyokong PAS agar tidak melayak provokasi pihak BN. Pertengkaran lidah tadi bermula dari penyokong BN yang cuba menyamar menjadi penyokong PAS, individu tersebut sedang cuba dibawa keluar sekiranya keadaan bertambah buruk.



9.30 pagi : Di Ladang Bradwall, jalan sudah sesak dengan kenderaan yang keluar mengundi. Suasana riuh bila petugas BN lalu dihadapan kawasan penyokong PAS. Petugas berbaju puteri Umno tanpa lambang boleh pula berada di pondok SPR.


9.25 pagi : Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa tiba di Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang. Suasana mendung, hujan renyai mulai turun. Penyokong kedua-dua parti sedang hangaat bersorak.


Turut kelihatan disana YB PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron, Dato' Abd Rahman, Adun Tendong dan Adun Manek Urai.


9.20 pagi : Di UPU Bagan Pinang - Adun Manek Urai, Abe Uji turut kelihatan sama dengan petugas PAS. Suasana semakin hangat, kedua-dua penyokong sedang berbalas mulut, BN kering idea menjerit 'Husam rasuah'.


Di UPU Ladang Bradwall - keadaaan tenang, ramai penyokong PAS berbangsa India mulai kelihatan disana.


9.15 pagi : Di UPU Bagan Pinang - FRU tiba di Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang, hujan mulai turun kembali, keadaan trafik bertambah sesak kerana pengundinya paling ramai.


9.10 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar sampai di Sek. Keb Teluk Kemang meninjau proses pembuangan undi di sana.


9.00 pagi : Di UPU Bagan Pinang - suasana hangat dengan kedua-dua penyokong BN, PAS berbalas 'perang mulut'. Kelihatan di sana, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah Yusof.


8.55 pagi : Di UPU Taman Eastern - sekumpulan pemuda bermotor BN cuba membuat hal dihadapan perayu undi PAS. Jeritan kecoh 'boo' mula dibuat pihak BN.


8.50 pagi : Jalan menuju ke Teluk Kemang - polis sejak malam tadi membuat lencongan jauh untuk elakkan kesesakan di hadapan tempat mengindi, Sek. Keb. Teluk kemang. Trafik sedang bergerak perlahan. manakala petugas PAS kini melebihi BN sedang merayu undi.


8.45 pagi : Di Sek. Keb. Si Rusa, UPU Taman Eastern - cuaca dilaporkan mendung. Petugas dan penyokong PAS semakin ramai, trafik berjalan lancar.


8.35 pagi : Di Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang, keadaan mulai tegang. Penyokong Umno melaung-ulang takbir berniat menyindir penyokong PAS di sana.


8.30 pagi : Di Sek. Keb. Kampung Baru Si Rusa - Kenderaan yang bertugas menghantar pengundi didapati tidak diberi masuk kerana tiada stiker. Pegawai SPR yang bertugas di sana dilaporkan tidak berpakaian seragam SPR.


8.25 pagi : Di Sek. Jenis Keb (Tamil) Ladang Siliau - 10 baru selesai mengundi, keadaan tenang disana. Begitu juga di Sek. Keb Teluk Kemang. Pengundi sudah mulai keluar.


8.20 pagi : Helikopter PDRM mula berlegar-legar di awanan, melihat perkembangan perjalanan pengundian dari udara.


8.10 pagi : Pengundi-pengundi mulai kelihatan keluar, agak lewat. Menunggu hujan yang baru berhenti. Petugas-petugas kedua-dua parti juga mula kelihatan ditepi-tepi sepanjang jalan masuk pusat pengundian.


8.00 pagi : Kesemua 8 tempat mengundi telah dibuka.

Lapan - Sek. Jenis Keb (Tamil) Ladang Atherton S, Sek. Jenis Keb (Tamil) Ladang Siliau, Sek. Jenis Keb (Tamil) dan (Cina) Ladang, Sek. Keb. Si Rusa, Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang, Sek. Keb. Kampung Baru Si Rusa dan Sek. Keb Teluk Kemang.

Proses pengundian bermula 8 pagi dan akan berakhir 5 petang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.


7.30 pagi : Di lapan UPU, petugas PAS sedang giat membuat semakan nama di pondok semakan (pondok panas).

Setengah jam dari sekarang, semua pusat pengundian akan dibuka kepada pengundi Bagan Pinang yang berdaftar.


7.25 pagi : Jalan utama Jalan Pantai - Kampung Bagan Pinang - Teluk Kemanang kelihatan masih belum dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.

Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih terkawal. Di kiri kanan bahu jalan polis sudah kelihatan.


7.25 pagi : Hujan mulai turun di beberapa kawasan, namun keadaan tidak beberapa lebat.


6.40 pagi : Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.

Pasukan Unit Amal yang berkawal sejak awal pagi tadi sudah siap siaga untuk bertugas.


BAGAN PINANG, 11 Okt - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, hari ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS yang diwakili Pesuruhjaya negeri, Zulkefly Mohamad Omar dan Barisan Nasional (BN) yang diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lepas. Beliau memenangi kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

prkn31baganpinang.pas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan