Khamis, 22 Oktober 2009

Memang Wujud Orang Pas Berjiwa Umno

Hanifa Maidin , AJK Pas Pusat yang juga 'Lawyer Pas' ucapkan terimakasih kepada Prof Dr Aziz Bari yang sudi bagi pandangan mengenai kekalahan Pas di Bagan Pinang. Ini berbeza dengan Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad yang melenting kerana tidak bersetuju dengan Prof Dr Aziz Bari yang mengatakan dalam Pas ada pemimpin yang berjiwa Umno atau pro Umno. Terimakasih Prof Aziz Bari Atas Kritikan Anda (Klik)


Kata Hanifa Maidin, Ustaz Idris mungkin penat, letih bertungkus lumus di Bagan Pinang lepas tu kalah pula, bila kalah ramai pula yang kata-kata macam termasuklah Prof Dr Aziz Bari. Memang Ustaz Idris sentiasa ada di Bagan Pinang tapi apakan daya kalah juga yang dapat dikecapi, sabar Ustaz. Ustaz Idris pun pernah kata "jika Pas menang di Bagan Pinang Pas akan jadi sasau dan jika Umno kalah di Bagan Pinang, Umno akan jadi gila." Tapi itu cuma gurauan saja tapi jadi kenyataan. Umno pertahankan kerusi yang dia menang dan Pas pula cuma lawan Umno sebab Pas dah bertanding dalam pru-12 di Bagan Pinang.

Umno yang menang di atas kerusi yang memang dia memang itu jadi gah sebab berjaya kurangkan undi yang diperolehi Pas. Kalau Pas tewas tipis di Bagan Pinang mungkin persepsi Prof Aziz Bari sendiri berbeza termasuklah lain-lain pemimpin Pas. Umno menang pun jadi gila tambah lah kalau kalah. Umno hanya nampak jasa ISA tapi tak nampak rasuah yang ISA lakukan, takkah gila namanya? Yang penting jasa, rasuah tak mengapa itu perkara biasa bagi Umno.

Semua ahli Pas dan penyokong Pas terkejut besar di Bagan Pinang kerana kalah di tangan Umno dengan majoriti besar.Semua penyokong terbeliak ingatkan kalah sikit rupanya kalah banyak.

Orang Pas berjiwa Umno atau pro Umno ialah orang Pas yang ada belas kasihan pada Umno, kasih pada Umno sebab Melayu, sebab Islam dan sama-sama makan belacan dan sambal belacan. Tapi orang Umno tidak ada belas ihsan pada Pas , tidak ada kasih sayang pada Pas yang ada dalam jiwa orang Umno ialah nak berparang dengan Pas , tetak orang Pas, tumbuk pemuda Pas, pecah cermin kereta orang Pas, sembur cat pada kereta orang Pas termasuk kepada kereta pemimpin Pas.

Umno kalau berbaik dengan Pas bila Umno bergayut di dahan yang rapuh. Contoh paling senang isu muqabalah dan kerajaan perpaduan.Bila Kerajaan Perpaduan tak jadi Umno marahkan TGNA dan memihak kepada pemimpin Pas yang jemput pemimpin Umno makan kuih raya.

Jemput pemimpin Umno makan tak salah tapi tumbuk orang Pas dan tetak orang Pas tu yang salah. Tu pun jangan ada lagi pemimpin Pas nak berwacana dengan Umno, nak bincang dengan Umno. Umno hanya kekalkan kerusi Bagan Pinang tapi apa yang Umno buat kepada Pas di Bagan Pinang memang orang Pas tak boleh lupa! Yang lupa adalah Melayu mudah lupa, orang Pas yang berjiwa Umno saja yang lupa .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan