Tan Sri Isa Samad tentu gembira kerana telah berjaya dapat jadi calon Umno di prk Bagan Pinang. Isa Samad yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang telah berjaya tundukkan dan lembutkan hati pemimpin tertinggi Umno Pusat untuk iakan saja pencalonan Isa sebagai calon 'terbaik' Umno di Bagan Pinang.
Umno pusat terpaksa terima Isa Samad sebagai calon Umno di Bagan Pinang kerana Isa dikatakan ada pengaruh yang kuat di Bagan Pinang walaupun imej Isa yang terpalit dengan politik wang dalam pemilihan jawatan tertinggi Umno.
Dengan kekuatan undi pos 4604 undi yang dikatakan akan memihak kepada Umno, tapi Umno masih takut dibayangi kekalahan kerana masih trauma dengan 7 kali kalah dalam prk yang telah diadakan kepada parti2 daripada Pakatan Rakyat , lalu Isa dipertaruhkan untuk menang di Bagan Pinang. Bagi Umno selain Isa Umno takkan menang walaupun ada undi pos.
Bagi Umno soal calon tu perasuah atau keji tidak penting, yang penting calon tu ada 'cara' untuk 'menang', soal maruah dan moral perkara terakhir difikirkan Umno. Matlamat menghalalkan cara!
Jika pengundi Melayu di Bagan Pinang yang berjumlah 63% tolak Umno dan Isa Samad maka berkuburlah Umno dan Satu Malaysia PM Najib dan Rosmah Mansor. Jika pengundi Melayu dan bukan Melayu tolak Umno di Bagan Pinang maka betullah apa yang Tun Mahathir katakan umno akan ditolak dalam pru-13 akan datang kerana amalakan rasuah dan dipandang tidak hormat lagi oleh orang ramai.
Jika Pas pula menang(ini kuasa Allah tak siapa dapat menghalangnya) alhamdulillah, jika kalah terima saja ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan