Jumaat, 30 Oktober 2009

Kempen Halus Yang Menjahanamkan

Dua tiga hari ni ada saja sms yang berbaur macam-macam berkisar tentang masalah Pas, parti yang aku sokong sejak turun temurun keturunan aku, tidak ada parti lain selain Parti Islam SeMalaysia ni lah yang aku sokong dan undi sejak dari dulu lagi. Aku sokong Pas bukan kerana pemimpin tapi kerana dasar yang Pas bawa iaitu Islam yang termaktub dalam perlembagaan Pas tu saja tidak ada sebab lain.

Sebab tu aku marah sangat kalau dengar ada pemimpin Pas cuba khianat dalam perjuangan Pas.Samaada betul atau tidak mereka jadi pengkhianat dan nak jadi pengkhianat itu biarlah Jawatankuasa Disiplin Parti yang tentukan.

Bila timbul isu pro Umno dalam Pas (aku tak cakap UG ni aku kata pro Umno) ada orang Pas kata pembohong, penipu, suka pecah belah parti, suka cari isu dalam Pas untuk rosakkan jamaah , macam-macam la depa kata. Tapi bila Tok Guru sendiri sebut dalam blog dia siap sebut nama lagi baru semua orang Pas , Kelab Penyokong Pas India dan Cina terkejut, kenapa disebut nama?

Sekarang ada dikalangan orang Pas yang jadi pencacai Umno jalan kempen secara halus perburuk Tok GuruNik Aziz kononnnya Tok Guru cakap bukan dalam Mensyuarat, bila buat mensyuarat jarang hadir. Apa tujuan cakap macam tu kepada Tok Guru yang dah tadbir Kelantan cara Islam selama 19 tahun? Mungkin ini adalah golongan yang nak alih isu yang kena atas batang hidung mereka dan mereka tidak sedar sedang menjahanamkan parti sendiri hasil buah mulut mereka sendiri.

Isu peribadi yang tak ada kena mengena dengan parti juga dijadikan modal untuk menjatuhkan maruah sesetengah pemimpin yang mereka tidak suka. Budaya Umno yang meresap dalam Pas. Kopiah putih atas kepala tapi jadi agen Umno memburuk-burukkan pemimpin tertentu kerana kecewa 'pemimpin yang bermasalah' yang dicakap Tok Guru kena siasat. Mereka begitu wala' dan taksub kepada Hasan Ali sehingga sanggup mempertahankan Hasan Ali dengan menceritakan masalah peribadi atau pemimpin lain untuk tutup dan tangkis hujah orang lain.Apa kena mengena masalah peribadi dengan isu pentadbiran di Selangor?

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan