Ahad, 18 Oktober 2009

Adakah Benar Pengundi Bagan Pinang Tak Kenal Pas ?


Cerita Bagan Pinang tak habis lagi, Umno yang menang melompat girang sementara Pas yang kalah terima kekalahan dengan berlapang dada dan kena muhasabah sebab apa kalah dengan majoriti yang banyak. Persetankanlah dengan undi Pos yang memihak Umno itu, tapi yang disebut-sebut ialah 8 peti undi yang kesemuanya Pas kalah.

Kata TGNA dalam harakah bil 1481 (N29)- "Saya sendiri bertemu dengan tuan rumah yang saya pergi baru-baru ni dan mengakui masih tak faham perjuangan Pas ni lagi."

"Ramai di antara orang Melayu di sana masih beranggapan Islam tu ganas dan Pas juga ganas. Jadi ini semua memerlukan masa untuk memberi pemahaman kepada mereka ."

Dalam prk Manek Urai 2009 , calon Pas Abe Uji dapat 5348 undi sementara calon Umno Tuan Aziz dapat 5283 undi. Calon Pas menang dengan majoriti tipis dengan hanya 65 undi. Dalam pru 12 tahun 2008 calon Pas Allahyarham Ismail Yaakob dapat 5746 undi dan menang dengan majoriti 1352 undi. Undi Pas merosot 398 undi tapi Pas kehilangan majoriti 1287 undi. Klik di sin

Adakah kehilangan majoriti Pas yang besar di Manek Urai walaupun Pas menang kerana orang Manek Urai tak kenal Pas? Atau orang dah mula kenal perangai pemimpin Pas yang segelintirnya bukan semua sudah mula bermewah-mewah?

Diakui faktor rasuah dalam pilihanraya itu memang kerja Umno-Bn dari dulu kini dan selamanya tapi tu baru satu bab saja. Sikap Tan Sri Kalid MB Selangor yang tidak ada 'bodyguard' untuk iring solat Maghrib di Masjid Bagan Pinang , sebelah Markaz Induk Pas di Bagan Pinang harus dipuji dan ramai para jemaah memuji sikap beliau itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan