Khamis, 16 Mei 2013

Zahid Hamidi cakap macam zaman purba

Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem p'raya
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.

NONEJika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia.

Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.

Ahmad Zahid berkata golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem  politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.

“Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

“Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya,” katanya.-Malaysiakini

Negara ini bukan kepunyaan Umno tapi negara ini kepunyaan rakyat Malaysia dan warganegara yang sah!Bukan kepunyaan Mat Bangla,Mat Myanmar,Mat Nepal,Mat Pakistan!Pengkhianat negara yang sebenar ialah yang berikan IC kepada warga asing untuk jadi pengundi tetap BN!Ini terbukti berlaku di Sabah dan diakui saheh oleh Tun Madey bukan cakap kosong.

Rakyat pertikaikan penipuan dalam pilihanraya macam mana Mat Bangla boleh hadir di tempat mengundi.Patut puak ni yang dihalau bukan dirai!Rakyat pertikaikan kenapa tiba-tiba lampu padam dan blackout ketika undi dikira.Ini zaman IT bukan zaman purba,bukan zaman Tok Demang berkuasa.Ingat sikit kerajaan yang ada ni kerajaan 47 persen bukan kerajaan majoriti senang-senang nak halau kerajaan rakyat yang majoriti!

4 ulasan:

  1. apa nak susah-susah halau ramai orang buat perabih duit rakyat je.. apa kata dia nak halau kita...kita ramai2 pakat halau dia ...hahaha
    aku dah lama tak beli s/khabar diaorang... apakata kita boikot suratkhabar yang jahat melantun2 biar dia tahu langit tinggi rendah...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah terkeluar juga sumpah seranah saya melalui tangan saudara. Marah kebencian saya pd menteridalan negari yg ta sedar diri. Ingat ini bapak dia punya. Baru dapt jd menteri sementaradah berlagak mcm Tuhan empunya segala. Nama aja dr tapi otak luncai.

    BalasPadam
  3. Menteri ni mungkin ada Phd cap ayam! Sebab tu idea yang dikeluarkan memang 'substandard'. Ngko siapa yang nak senang-senang halau orang keluar dari Malaysia? Malaysia ni syarikat sdn.bhd. Milik ngko ke? Rakyat majoriti sekarang bercakap tentang proses PRU yang tidak telus dan mungkin banyak penipuan serta SPR yang diragui integritinya! Bukan soal kalah menang lol!

    BalasPadam
  4. menteri tak da kotek cakap tolol tak das guna hotak udang punya orang hey zahid kau berani jumpa satu lawan satu pukimak kau

    BalasPadam