Jumaat, 10 Mei 2013

"Kita kalah di Kota Damansara dan Semenyih kerana hasutan syaitan", kata Khalid Samad

Ribuan warga Shah Alam dan rakyat Selangor hadir dalam majlis kesyukuran kemenangan PR Selangor malam tadi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.Di atas pentas membariskan barisan adun PR yang menang dalam pru 13 yang lalu tapi ada juga yang tidak hadir termasuklah Azmin Ali.Turut hadir ahli parlimen Teresa Kok dan juga ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad memberikan ucapan

Khalid Samad dalam ucapan kemenangan PR berkata bekas MB Selangor Tan Sri Khalid insyAllah akan dilantik sebagai MB Selangor bagi penggal yang baru dan dapat tepukan gemuruh daripada semua hadirin yang hadir.Kata Khalid Samad ,"Saya dah dapat surat persetujuan daripada Presiden Pas untuk lantik Tan Sri Khalid Samad sebagai MB Selangor.Kalau orang Pas tak percaya datang ke pejabat saya nak tunjuk nak tampal kat dahi.Saya mungkin dimarahi orang Pas tapi sebagai pemimpin saya bersedia hadapinya."Menyentuh lagi isu perlantikan MB Selangor Khalid Samad juga berkata,"Adalah tidak bijak apabila kita menang bola dan jadi juara kita menukar pengurus pasukan."

Ketika menyentuh isu dun Kota Damansara dan Semenyih yang jadi rebutan antara Pas,PKR dan PSM Khalid berkata ,"Kita gagal tawan Kota Damansara dan Semenyih kerana hasutan syaitan,besar kepala dan ego.Maukah tua-tuan semua Umno kembali berkuasa di Selangor ni?"

Khalid Samad yang juga Timbalan PJ Pas Selangor menyentuh mengenai kemenangan beliau di parlimen Shah Alam turut berkata secara berseloroh ,"Mana mungkin seekor katak menjadi seorang putera raja.Katak buka mulut ja bunyi frog."

Yang syok lagi tu wakil media Hasan Ali IMR (Islam Melayu Raja) turut buat liputan majlis malam tadi.

Baca juga;
Hadi sokong Khalid kekal MB Selangor-Sinar harian online

Keputusan pru 13 Dun Kota Damansara

Jumlah Undi: 39,313 Undi Rosak: 542 Peratus Mengundi: 87.46 
Halimaton Saadiah Bohan
Halimaton Saadiah Bohan
BN
16,387 (1,527)
Dr Mohd Nasir Hashim
PKR
14,860
Ridzuan Ismail
Pas
7,312
Halmi Omar
Bebas
116
Edros Abdullah
Bebas
57
A. Suppiah
Bebas
39




Keputusan pru 13 Dun Semenyih

Jumlah Undi: 37,356 Undi Rosak: 701 Peratus Mengundi: 88.22 
Datuk Johan Abdul Aziz
Datuk Johan Abdul Aziz
BN
17,616 (4,145)
Hamidi A. Hasan
PKR
13,471
S.Arutchelvan
PSM
5,568

4 ulasan:

  1. Assalam admin aku setuju pa yg yb khalib samad katakan tu patutnya calon pas wala' kena taat pada peminpim andaikata calon pas tu menang adakah dia akan wala' dan AMANAH?Terang lg bersuluh aku letak calon pas memang bersalah perlu dterbiyah atau dpecat dari pas jgn jd duri dlm daging.

    BalasPadam
  2. Bang....agak-agaknya bila pulak parti PKR nak buat statement apa yang berlaku di Dun Semenyih tu...Takkan belah kita aje...yang nampak salah!!! MB Selangor-Tan Sri Khalid Samad.... SAYA S...E...T...U...J...UUUU."Don't change when it is not broken"



    BalasPadam
  3. ahli pas kena terbuka dan berfikiran matang.. bukan macm budak skolah.. bagi mmbntuk kerajaan pas x mampu duduk sorang.. kena bergabung dengan pkr n dap.. jangan beremosi sehingga kerusi tergadai..

    BalasPadam
  4. Bn menang tanpa kuasa dgn sosialis menang dengan kuasa mana lebih mudarat ... hanya kota damansara yang faham realiti.....

    BalasPadam