Khamis, 2 Mei 2013

10 ekor anak ayam untuk undi BN di parlimen Kubang Pasu

Saya terima sms daripada pengundi Kubang Pasu seperti berikut ;
"Pada 1-5-13 Datuk Johari Baharom calon BN di parlimen Kubang Pasu datang ke Pekan Napo,dengan menaiki kereta mewah,dia guna agensi kerajaan ,kerah orang kampung datang ke pejabat KEDA di Napo untuk nak naikkan taraf ekonomi  orang kampung dengan memberi 10 ekor anak ayam ,1 pokok benih nangka ,1pokok anak nyior,1 pokok benih durian,1batang pancing untuk naik taraf ekonomi orang Melayu?Atau menghina orang Melayu Kubang Pasu?Inikah orang yang nak jaga orang Melayu?Orang yang macam ni kah yang patut kita pilih?Fikir-fikirkan."

Lepas tu dia sms lagi luahkan isi hati beliau kepada saya;
"Yang lemah dan bodoh jadi makanan si cerdik.Adakah nilai orang kampung dengan 10 ekor anak ayam dan sebatang pemancing ikan?Siapa tipu siapa?"

Saya juga akan mengundi di parlimen Kubang Pasu amat tak cerdiklah kita kalau terus jadikan malaon ni sebagai ahli parlimen Kubang Pasu.Sapa yang kata Datuk Jo orang cerdik silap besar la!Cuma mungkin dia cerdik sikit daripada orang yang datang terima 10 ekor anak ayam!

Orang Melayu patut tolak Johari Baharom dan Haji Zaini Jaafar calon BN di parlimen Kubang Pasu dan Dun Bukit Kayu Hitam.Sudah-sudah la kena tipu dengan puak ni!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan