Isnin, 13 Mei 2013

Melayu tindas Melayu boleh,makan rasuah celah kangkang Cina boleh

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menambah bilangan batu api yang tiupkan perkauman dan hasutan dalam politik negara kita.Maklumlah duduk dalam kelompok pro BN depa bebas cakap apa saja tapi kalau duduk dalam kelompok yang lawan BN dah lama dah kena dakwa kerana menghasut.

Kata Datuk Mohd Noor,"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut. 

Dakwaan mengenai pengkhianatan orang Cina itu mula timbul apabila keputusan pilihan raya umum 5 Mei menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Bagaimanapun, Umno yang banyak bertanding di kerusi majoriti Melayu berjaya memperolehi sembilan lagi kerusi, berbanding hanya 79 kerusi pada 2008, walau parti BN yang bertanding di kerusi majoriti Cina – MCA dan Gerakan – kalah teruk dalam pilihan raya kali ini,

Di sisi Pakatan Rakyat pula, ramai calon Melayu menang di kerusi campuran, malah turut menewaskan calon pencabar dari kaum Cina.

Dalam ucapan selanjutnya, Mohd Noor mempertegaskan amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati.
"...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," katanya.-petikan laporan Malaysiakini.

Bekas Hakim tu tak ulas pulak Kelantan yang dikuasai 20 tahun lebih Pas dianiaya oleh Umno-BN daripada segenap segi,dipinggirkan daripada dapat nikmat macam negeri lain dapat.Contoh royalti minyak Kelantan yang dinafikan hak untuk menerimanya.Sebaliknya kerajaan pusat yang dikuasai Umno bagi duit ehsan melalui ketua-ketua Umno di Kelantan untuk dibelanjakan.Kelantan terpaksa bina lebuhraya sendiri seolah-olah Kelantan bukan sebahagian daripada Malaysia!Ni celaka ka tak celaka?Ni bukan Melayu tindas Melayu ka.Nak hapuskan bangsa sendiri ni daripada rasa nikmat ni kerja syaitan ka Islam?

Tu satu hal..yang laksanakan projek mega di negara ini siapa dan siapa pulak yang tagih komisen dicelah kangkang Cina kalau bukan Melayu yang hina?

Tengok pulak di Terengganu selepas kerajaan Terengganu kembali ke tangan BN dan Mat Said dilantik sebagai MB penggal baru Mat Said kata rumah mampu milik hanya akan dibina di kawasan BN menang sahaja sementara di kawasan yang dikuasai PR mintalah kepada wakil rakyat yang mereka pilih.Ni tak gila ka?Tengok betapa taksubnya Umno kepada kaumnya yang bernama Melayu Umno hinggakan sanggup dajalkan musuh politik mereka.Bekas MB Kedah pulak dilihat mesra UMno dan salah satu punca Pas kalah di Kedah ialah pentadbiran ust Azizan yang dilihat mesra Umno.Tak ada beza sapa perintah yang bawa kepada kejatuhan Pas di Kedah.Bekas MB tu tak percaya kata orang Pas pun mampu jadi ketua syarikat GLC lebih percaya Umno daripada orang sendiri.

Melayu Umno tindas Melayu bukan Umno tak jadi masalah,makan rasuah celah kangkang Cina pun boleh yang penting kita jadi rakyat jangan lawan Umno,jangan lawan BN kalau lawan inilah jadinya.Dituduh pengkhianat bangsa ,Cina tak kenang budi,mau apa lagi?Umno ingat segala harta rakyat yang ada dan kuasa semua milik mereka bukan milik rakyat.

Umno kena ingat bukan semua orang Melayu duduk terperosok dalam kampung pukul 9 malam padam lampu buat anak..ramai Melayu duduk dalam bandar semua bangsa ada saling perlu memerlukan antara satu sama lain tambah-tambah yang buat bisnes.

Cuba tengok di bawah cara Umno-BN bantu Melayu di Kelantan

5 ulasan:

  1. persoalannya yg bagi kuasa ekonomi pada cina mca tu sapa? umno gak. bodoh

    BalasPadam
  2. nasib baik cuma kaum cina yg bersatu.. klau org melayu bersatu dlm pru13, dah tentu umno akan kalah

    BalasPadam
  3. Bekas hakim ni bercakap macam celaka je! Melayu Kelantan ditindas dan dinafikan hak royalti...dan macam-macam lagi! Kalau beginilah sikap bekas hakim, maka aku musykil macam manalah fikiran dia masa kendalikan kes melibatkan kaum lain? Mungkin bias dan tidak akan berlaku adil bila jatuhkan hukuman! Agaknya Patutla Lim Guan Eng kena sumbat jel bila membantu gadis Melayu yang diperkosa oleh pembesar melayu dari Melaka tu! Rakyat Malaysia mungkin tidak akan dapat keadilan jika Malaon atau mana-mana hakim bersikap seperti bekas hakim ini. Rasis tahap gampang!Memalukan aku sebagai melayu. Betapa tidak cerdik dan 'Yang Amat Tak Arif'nya malaon ni! Poyo dan sengal betul!

    BalasPadam
  4. UMNO yang banyak menang kerusi dikawasan majoriti Melayu adalah kerana nilai Melayu yang boleh dibeli oleh UMNO dengan wang. Itulah nilai diri orang Melayu yang dihina oleh orang Melayu sendiri iaitu kepimpinan UMNO.
    Layak kah kepimpinan UMNO ini dikata pembela orang Melayu?
    Terasa malu kita dilahirkan sebagai bangsa Melayu.

    BalasPadam
  5. verdict bertunjangkan emosi..

    BalasPadam