Rabu, 22 Mei 2013

BN yang menang tu pun dok gasak Cina sebab tak puas hati tambahla kita yang kalah ni lagi la tak puas hati!

Saya tulih dalam FB;
"Tak ada dalam perlembagaan Malaysia yang kata undi parti selain Umno-BN salah daripada segi undang-undang.Kalau tak boleh undi Pas ,Dap dan PKR kena buat petisyen jugak la haramkan parti-parti selain BN.Tahun 1999 Melayu sokong pembangkang,tahun 2004 orang Cina bagi undi terbanyak kepada BN,2008 orang Cina,Melayu dan India bagi undi kepada Pas,Dap dan PKR hingga BN hilang 5 negeri.Tahun 2013 orang Cina termasuk Melayu bandar sokong PR sementara orang Melayu majoriti luar bandar sokong Umno-BN hingga tumbang Kedah ke dalam tangan BN.Tak puas hati lagi BN, Kedah dapat balik kat hang pa?Kalau BN yang masih berkuasa selepas pru 13 tu pun dok tak puas hati sebab menang tambah la kita yang tak dapat tawan Putrajaya lagi la tak puas hati!"

Tambah-tambah dok geram dakwat penipu yang tak tahan lama macam ubat kuat!Bab dakwat kekal yang kata boleh tahan sampai seminggu tapi penipu adakah masih perlu lagi Pengerusi SPR dan timbalannya pegang jawatan.Mereka sepatutnya didakwa kerana menipu rakyat!Letak jawatan la bagi rakyat cool sikit!

Lagi satu rakyat tak puas hati isu warga asing yang hadir di tempat mengundi dan ada IC ni yang lagi tak puas hati!Lagi satu peti undi luar kawasan boleh masuk dalam kawasan lain ni nak kira lagu mana?Tak geram ka?

BN nak tutup malu kalah undi popular hingga digelar kerajaan 47% marah orang Cina,kata orang Cina nak bolot kuasa politik selepas kuasai ekonomi.Nak tanya sikit la di Pulau Pinang dulu zaman Gerakan berkuasa Melayu ka yang berkuasa?Bukan orang Cina jugak ka yang bolot kuasa politik?

Baca;
'Pengkhianatan orang Cina tu benar'-Malaysiakini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan