Ahad, 12 Mei 2013

Zainuddin Maideen ajak Dap bersatu dengan BN,Nasha ajak Pas bersatu dengan Umno sapa yang akan kena?

Hari ni aku baca berita sinar harian online Nasharuddin :Jadikan penyatuan Umno-Pas agendacberterusan.Antara lain yang yang keluar daripada bekas Timbalan Presiden Pas itu ialah ,"Bagi saya penyatuan Pas dan Umno mesti menjadi agenda berterusan.

"Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan Pas dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?" katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di sini, hari ini.

Nasharuddin berkata, perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu.

"Soal penyatuan ini adakah hendak tunggu dah ranap baru nak bersatu seperti di dunia Islam lain.

"Selepas ranap, jadi 'ground zero' baru ada kesedaran untuk perpaduan," katanya.

Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi Pas selama 10 tahun, Nasharuddin turut memberi rumusan mengenai Umno dan Pas.

"Berdasarkan pengalaman saya, boleh dirumuskan bahawa tidak semua Umno itu iblis, dan tidak semua dalam Pas itu malaikat," katanya.-Sinar

Beberapa hari yang lalu bekas Menteri Penerangan dan orang kuat Utusan Meloya Zainuddin Maideen ajak parti Dap bersatu dengan BN walaupun sebelumnya Dap dituduh oleh ulama Umno sebagai kapir Harbi! Haha elok dah tu mari kita tengok jerat sapa yang akan kena dan terbungkas antara Nasha dan Zam.

Orang sibuk dan kalut dengan macam-macam kes yang didakwa berlaku penipuan dalam pilihanraya depa sibuk nak bersatu dengan parti syaitan yang dikenali.TGNA dah pencen jadi MB dan lepaskan jawatan dalam parti Nasha saja test market kot-kot kali ni UG menjadi!Aku malas nak komen panjang-panjang kalau tuan-tuan rajin komen la!

Ni kerja Umno supaya orang Melayu di luar bandar tak undi Pas

10 ulasan:

  1. us nasha..ingatlah sikit Umno kata Dap kafir harbi.
    101% confirm ustaz mesti tau kafir harbi tu apa.

    BalasPadam
  2. Cerita lama berulang kembali, macam cerita P. Ramlee yg selalu diulang2kan oleh RTM tuuuuu.

    BalasPadam
  3. Saya nak tanya Nasha, masa dulu ketika PAS tak malap ibarat hidup segan mati tak mau lebih2 lagi sebelum berlakunya kes Anuar, dimana UMNO tersangat kuat setiap pilihanraya tepat kemenangan 2/3 dipihak BN. Kenapa pada waktu itu BN tak pernah pun terlintas mempelawa PAS utk bergabung utk kesejahteraan Melayu dan Islam? Waktu itu UMNO pandang PAS termaksuk Nasha tak lebih dari anjing kurap aja.

    BalasPadam
  4. Bukan satukan pasdap dlm.umno bn,tapi masukkan umno kedlm.pr.le.....

    BalasPadam
  5. Bacalah tulisan ZAM si AWANG SELAMAT dlm Mingguan Malaysia @Utusan Umno tu apa yg dia tak kata kepada PAS dan DAP - tak pernah lunak!
    Orang macam ni tak boleh dipercaya, pi lah mabuk!

    BalasPadam
  6. dah susah, baru ingat orang...kalo tak, tak sedar diri.

    BalasPadam
  7. sekarang PAS pn Malap gak.. Kedah pulang balik pd BN, penang langsung x de exco.. selangor hak Pas dinafikan..Perak Pas ditolak ngan mudah.. BN still nak bersatu, benda baik.. ustad nasha tu dah mula nampak geng kafir harbi dah mula merealisasikan agenda diaorang, kalau umat islam x bersatu susah lah.. apsal ko ni bodoh sgt,, benda baik mcm ni pun ko persoalkan.. weii kalau UMNO x buka pintu pun diaorang masih kukuh lagi malah tambah kerusi lagi....

    BalasPadam
  8. Dah nak mampos, kojol baru fikir gabung, piiidah.

    BalasPadam
  9. sapa yg rmai penyokong itu la sasarn umno bn,4 thun lg bn ajak pas,dap skl ngan pkr masuk bn..lwan ngan parti banglasia(parti baru)

    BalasPadam
  10. Nasha kau tu berhingus. Tak tau jerih orang Pas zaman dulu. Ada yang kena buang kerja, kena fitnah, kena bunuh pun ada. Senang je kau nak suruh bersatu dengan ameno. Kau jelah masuk ameno. Habis cerita. Zam mamak yang muka bertampal kulit kambing batu ini kau duduk diam-diam la. Cakap Inggeris pun orang Indonesia gelakkan nak bersuara pulak. Lepas tu kutuk Pak Habibie. Ooi Zam otak kau tu taraf nya kat kepala lutut Pak Habibie je!!

    BalasPadam