Khamis, 9 Mei 2013

Lagi banyak amaran lagi ramai rakyat berhimpun

120,000 banjiri perhimpunan Pakatan Rakyat

Kesesakan lalulintas bertambah teruk membabitkan mereka yang mahu pulang. Namun ada juga yang masih cuba untuk ke stadium.

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 7WartawanMalaysiakiniAidila Razak tidak dapat sampai ke
stadium kerana terperangkap dalam lalulintas selama empat jam.
Termasuk mereka yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas di seluruh Petaling Jaya, jumlah orang ramai dianggarkan 120,000 - menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar sejak kebelakangan ini-Malaysiakini

Rakyat dah tak peduli dengan amaran polis yang kata perhimpunan rakyat semalam sebagai himpunan haram.Takkan berhimpun dalam stadium pun haram?Rakyat dah tak tahan dengan segala bentuk penipuan dalam pilihanraya.Kalau dakwat celup jari semasa mengundi pun kena tipu tambahla perkara lain dalam pilihanraya!

Apa kes dengan Mat Bangla yang hadir di tempat mengundi dan ada IC biru?Sepatutnya pengerusi SPR dan barisan pegawainya meletak jawatan segera selepas pru 13 bertanggungjawab atas segala kelemahan urus pilihanraya bukan terus menafikan segala kepincangan yang terbukti menimbulkan kemarahan rakyat.

Lebih 100,000 sertai 2 himpunan bantah penipuan pru 13
(Kira-kira 100,000 memenuhi luar dan dalam Stadium MPPJ Kelana Jaya)

KELANA JAYA: Lebih 100,000 orang berkumpul di Stadium Kelana Jaya bagi membantah penipuan dalam pilihan raya umum  ke 13 baru-baru ini

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan ini dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
Walaupun hujan renyai-renyai sejak petang tadi, ia tidak menghalang mereka berkumpul di stadium itu.

Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke kawasan perhimpunan jam teruk sejak petang tadi.

Ini adalah perhimpunan pertama dianjurkan selepas pilihan raya umum ke 13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa tetapi penuh dengan kecacatan.
Di RUSILA, Marang, puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama PAS.
Mereka memenuhi perkarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan PAS dari Dewan Terbuka Tok Guru yang terletak di sebelah masjid itu.

(Gambar kanan: Himpunan di perkarangan Masjid Rusila, Marang)

Antara yang menyertai himpunan di perkarangan Masjid Rusila adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Muhamad Haji Mohd Taib. Beliau dilihat antara faktor penyumbang kepada gelombang besar yang melandar Selangor dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Isu dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi warga asing, lampu padam ketika pengiraan undi, kotak undi yang jatuh dari helikopter yang membawa dan pelbagai cerita lagi.
Kali ini, dengan semua penyokong adalah mata dan telinga atau jentera Pakatan Rakyat segala penyelewengan ini didedahkan melalui media sosial.

Gambar, video dan cerita disebarkan dengan cepat bagi membukti pelbagai kecacatan pilihan raya ini.

Berasaskan kepada itulah mereka turun beramai-ramai malam ini untuk mendengar sendiri sikap dan pendirian Pakatan Rakyat mengenainya.-Harakahdaily




Tiada ulasan:

Catat Ulasan