Khamis, 2 Mei 2013

Muhyiddin Yaasin sibuk selak kain terlupa Melayu Johor paling miskin di Malaysia

Kata Timbalan Presiden Umno yang juga PM sementara Muhyiddin Yaasin ,"Gred F kad laporan prestasi k'jaan Kelantan."Sewaktu Muhyiddin Yaasin lawat Kedah dia kata Kedah hanya layak dapat gred E.

Haha Muhyiddin Yaasin terlupa bahawa Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas pernah berkata Melayu Johor paling miskin di Malaysia.

55 tahun Umno berkuasa di Johor tapi Melayu negeri tu jadi paling miskin berbanding negeri lain.Dok sibuk selak kain orang kain sendiri koyak rabak macam roti jala tak sedar-sedar.

Sabah,Sarawak,Terengganu yang kaya dengan hasil minyak dan balak juga berada di bawah paras kemiskinan.Hasil minyak disedut masuk dalam kantung puak gerombolan yang rakus kayakan kroni.Di Sarawak dan Sabah masih ada sekolah yang lebih teruk daripada kandang kambing.

Atas dunia ni hang pa pemimpin Umno memang hebat la boleh cakap besar sebab ada banyak kuasa di Padang Mahsyar (Ma li kiyau middin) kelak yang jadi PM ka,TPM ka ,mantan PM ka,MB ka tiada kuasa yang lebih hebat melainkan kuasa Allah SWT.Ketika mulut dikunci tidak boleh berkata-kata hanya anggota badan lain yang jadi saksi takkan baru nak sedar diri?

1 ulasan:

  1. lovely jubbly fantastic thanks so much

    Check out my blog: accident claims

    BalasPadam