Jumaat, 17 Mei 2013

Apabila cacing roman korek jubuq mana boleh dok diam

Nasharudin ulang Umno-Pas perlu bersatu
 Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.
   
Beliau berkata pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.
   
Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema 'In Search of Human Security - Islamic Diplomacy and the Way Forward' berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.

"Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama.
   
 "Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam," katanya.-Sinar harian online

Saya tulih dalam FB saya: Dok bercakap dalam aircond , dapat elaun tiap-tiap bulan sedap la bercakap.Apa rasa orang bawah pasang bendera,pasang poster malam-malam sampai kul 2-3 pagi?Dah pasang poster kena rentap,kena sabotaj?Dok dalam kabin mewah kapal bocoq mana nak sedaq.Musim pilihanraya senyap lepas pru saja gatai mulut nak ajak peluk Umno .Cacing roman dok korek jubuq mana boleh dok diam.

Macam ada satu kekuatan apabila Presiden Pas tolak perpaduan dengan Umno apabila beliau kata,“Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, dia pergi dekat, dia raba(tarik) kita tenggelam sekali,”.Moga apa yang disebut Presiden Pas itu tidak pulak jadi u-Turn!

Tanpa bersatu dengan Umno pun Pas dah 23 tahun kuasai Kelantan.Pas kena lanyak kaw-kaw ,dizalimi daripada segenap segi,dituduh sebagai parti ajaran sesat,bekas MB Kelantan TGNA satu hari pun tidak dibenarkan buat ucapan dalam radio dan media massa yang dikuasai Umno tiba-tiba ada tangan dalam Pas nak beromen dengan Umno!

Hasan Ali,Braheng Ali dan Zul Noordin dah jadi sampah dalam politik.Tak lama lagi Nasha juga akan terima nasib yang sama.Rakyat yang lawan Umno bukan bodoh mereka bijak menilai setiap ucapan yang dikeluarkan.Cuba kaji kenapa Zul Nordin kalah di Shah Alam,Braheng Ali kalah di Pasir Mas?Tak lain tak bukan kerana mereka ahli politik yang suka cakap putar belit.Akhirnya mereka dihukum di peti undi.Nasha kena kaji kenapa dia kalah bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas.Ahli Pas benci nak ajak Pas buat perpaduang dengan Umno takkan tak reti-reti.

Dalam perjuangan di medan politik ni apabila ada pemimpin yang tewas dalam pilihanraya pasti ada yang akan kecundang dan rasa kecewa.Mereka beralih angin walaupun dulunya dipuji dan dipuja kerana bijak bermain kata.

Saya pernah tanya kepada orang yang pernah hisap ganja,"Hang hisap ganja tak ketagih ka?" Tau apa dia jawab,dia kata,"Aku bukan ketagih ganja tapi cuma penggemar ganja ja..ada aku hisap tak ada aku tak hisap."Agak-agak ust Nasha dan perpaduang ni penagih parti Umno atau penggemar Umno?

5 ulasan:

  1. HANG PERNAH BERCERAMAH " TAHALUF SIASI ' PAS PAKATAN NI BUKANNYA SEMBANG-SEMBANG DI KEDAI KOPI; AKAN TETAPI PAS TURUT BERMUZAKARAH DGN SELURUH GERAKAN ISLAM DI DUNIA INI ; HATTA MENDAPAT SOKONGAN MENTOR GERAKAN ISLAM SEDUNIA ; IAITU; DOKTOR YUSUF QARDAWI!; SEKARANG LIDAH BERCABANG KERNA TUMPAS NAK KEKAL TIMBALAN PRESIDEN; KAN LEBIH BAIK JOIN BEKAS TAUKEH BUKU USRAH PAS; NAKAI ITU ! ....... Nash Ar-Rawy/17.5.13
    www.nasharrawy.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Nak berpadu-padu pun mesti ada asas dan dasarnya! Nasya ni pandai bagi contoh bagaimana Rasulullah saw berjaya menyatukan semua puak dan kabilah tetapi yang dia tak highlightkan ialah Rasulullah berjaya menyatukan semua kaum atas dasar Islam bukanya dasar kebangsaan macam UMNO ni! Macamana nak bersatu, kalau kalah satu tempat dah merajuk taknak bantu rakyat yang tak menyokongnya.... Porrahhh!!!! Ghentikan wahai Nasya dari menjual minyak angin cap UG! Takde maknanye......

    BalasPadam
  3. nasha,nasha,nasha,nasha,nasha,nasha,dh lali dengo nama neh..sape eekk??nasha aziz?

    BalasPadam
  4. Gedik sungguh ahli PAS sekor ni. Mulut tak gheti dok diam, nak Allah kena kerat kaki macam UG yang satu lagi tu kot... baru nak kenai dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  5. woiii nasha, hang p besatu ngan bangla lah....

    BalasPadam