Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak diberikan jawatan kerajaan telah diberitahu mereka akan mendapat jawatan lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika mereka berhenti merungut secara terbuka, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan pembantu Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri telah memberitahu ahli-ahli Parlimen ini mereka sepatutnya mengelakkan menyiarkan keluhan mereka kerana Kabinet akan dirombak kemudian.
“Sesetengah pembantu PM dan menteri telah menghubungi ahli-ahli Parlimen BN ini dan memberitahu mereka agar tidak membuat bising dan menawarkan mereka jawatan tinggi atau jawatan Kabinet pada masa akan datang apabila berlaku rombkan selepas pemilihan Umno,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.
Pemilihan Umno dijadualkan pada Oktober ini dengan kebanyakkan pemimpin tertinggi parti dan ahli majlis tertinggi mendapat jawatan kerajaan. Sesetengah yang tercicir daripada senarai Kabinet dikeluarkan Rabu lalu telah secara peribadi merungut ahli Parlimen tanpa jawatan parti telah diberikan ganjaran.
Sumber juga mengesahkan perdana menteri telah memberitahu untuk berjumpa dengan menteri Umno yang digugurkan Datuk Seri Shaziman Mansor dan Datuk Seri Noh Omar mengenai masa depan mereka selepas pilihan raya umum 5 Mei.
Difahamkan beberapa ahli Parlimen yang menolak jawatan kerajaan juga telah disuruh untuk berjumpa Najib. BN menang 133 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, dengan 57 ahli Parlimen dijadikan menteri dan timbalan menteri.
“Aturan telah dibuat untuk Shaziman, Noh dan ahli-ahli Parlimen ini untuk berjumpa PM secepat mungkin,” tambah beliau.
Sumber lain mengatakan ahli-ahli Parlimen ini akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan buat masa ini.
“Sudah menjadi rutin ahli politik bersara atau penyokong dijadikan pengerusi atau pengarah sesetengah agensi dan syarikat kerajaan. Jadi tunggu beberapa berita tidak lama lagi,” tambah sumber tersebut.
Ahli Parlimen yang menjadi pengerusi dan pengarah agensi ini telah disuruh meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum, meninggalkan beberapa kekosongan perlu diisi tidak lama lagi, kata sumber itu.
Pengkritik dan penganalisis telah mengatakan Kabinet yang diumumkan Rabu lalu dipenuhi dengan penyokong Najib bagi menghalang cabaran dalam pemilihan parti.
“Pemilihan parti datang dahulu, kemudian rombakan. Tetapi, jika semua orang presiden menang, akan berlaku hanya rombakan kecil,” kata seorang panglima perang Umno.
BN juga cuba untuk menenangkan parti Sarawak yang telah merungut mereka seharusnya mendapat lebih perwakilan dalam sektor relevan sejajar dengan kerusi Parlimen mereka menangi dalam pilihan raya umum.
Parti seperti PRS menang enam kerusi Parlimen akan tetapi Datuk Joseph Salang Gandum menolak pelantikan sebagai timbalan menteri sementara rakan partinya Datuk Joseph Entulu Belaun menolak jawatan Kabinet.
Satu lagi parti Sarawak SPDP menang empat kerusi Parlimen akan tetapi berakhir dengan tidak mendapat apa-apa jawatan kerajaan. Akan tetapi MIC mendapat dua jawatan menteri Kabinet dan dua timbalan menteri untuk empat kerusi Parlimen yang mereka menangi.
Dua lagi parti Borneo SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.
Ahli politik Borneo telah juga merungut mereka mahu berada di kementerian yang relevan dengan negeri mereka, terutamanya pertanian dan juga komunikasi untuk merapatkan jurang digital.
“Terdapat sesuatu yang salah apabila kedua-dua menteri dan timbalan menteri Komunikasi dan Multimedia dari Terengganu. Siapa yang memikirkan itu,” soal seorang ahli politik Sarawak merujuk kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya Datuk Johari Jailani.
Difahamkan perdana menteri akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin parti ini tidak lama lagi untuk mendengar keluhan mereka dan memastikan 13 parti komponen kekal stabil dan bersatu.-TheMalaysian Insider
Semua Umno dah sapu,semua nak jawatan kalau tak dapat mereka nak cabut lari lagi pening kepala Najib.Hindraf dapat jawatan dalam kabinet Najib.Perkasa,Pekida,Jati,Kimma takkan tak dapat?Lagi banyak kementerian diwujud untuk puaskan nafsu pemimpin UMno-BN lagi koyak duit rakyat dibelanjakan untuk mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan