Ahad ini, penyanyi bersuara tenor yang agung Andrea Bocelli, akan menyanyikan lagu Time to Say Goodbye dalam konsert beliau di Bukit Jalil. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat akan mengungkapkan kata-kata yang sama kepada para pemimpin Barisan Nasional. Ahad ini merupakan hari perhitungan.
Akan ada pemberian wang tunai secara besar-besaran pada saat-saat akhir sebelum menjelang pilihan raya. Walaupun ini berlaku, ia tidak dapat menyelamatkan konco-konco BN yang bermati-matian cuba berpaut pada saki-baki kuasa. Anda tahukan kenapa? Hal itu begitu kerana rakyat Malaysia akan memberikan respons mereka terhadap Barisan Nasional dengan cara yang mencerminkan nilai dan integriti kita bersama.
Barisan ingat mereka boleh “beli” pilihan raya ini (selain mengamalkan politik kotor pada setiap masa). Mereka tidak sedar-sedar lagi bahawa gelagat mereka itulah yang telah membawa kepada kejatuhan mereka. Tidak seorang pun rakyat Malaysia, baik yang kaya mahupun yang miskin, yang mahu dilayani dan diperlakukan seperti barang dagangan atau komoditi untuk “dibeli” oleh mereka yang digelar para pemimpin ini. Orang ramai pun ada maruah. Mereka juga tahu menilai harga diri mereka, dan mereka akan meluahkan rasa jijik mereka terhadap cara mereka diperlakukan oleh Barisan.
Rakyat Malaysia juga mempunyai perasaan cinta akan keadilan yang kuat dalam diri mereka sejak dari azali lagi. Kualiti seperti ini jelas tidak ada di dalam jiwa konco-konco Barisan. Cara pilihan raya dikendalikan jelas memperlihatkan betapa Barisan berkempen dengan cara yang tidak beretika, tidak bermoral, bejat, keji dan kejam.
Isu sebenar dipinggirkan dan diremehkan supaya rakyat lupa. Rakyat disibukkan oleh pembohongan, janji-janji dan lebih banyak percubaan untuk merasuah rakyat. Fokus utama mereka adalah untuk mencaci pemimpin-pemimpin Pembangkang. Dalam hal ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah terpaksa menanggung beban paling dahsyat – pun begitu jaguh dan juara Barisan kecut perut untuk berdepan dengannya.
Rakyat Malaysia perlu memberikan respons yang sewajarnya.
Ayuh, kita beri peluang kepada Anwar. Jom, kita beri sokongan kepadanya. Inilah cara untuk menguar-uarkan kepada dunia bahawa kita rakyat Malaysia adalah rakyat yang cinta akan keadilan; bahawa kita mahu bersikap adil kepada semua. Dengan mengundi Pakatan, kita akan menguar-uarkan kepada dunia bahawa kita mahukan politik jenis baru – politik yang bermaruah dan adil.
Orang Cina, India, Iban, Kadazan, dan semua komuniti bukan Melayu yang lainnya tidak perlu takut untuk ke pusat mengundi demi memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Anda bukan berlawan dengan orang Melayu. Anda cuma menentang konco-konco Barisan Nasional. Anda sebenarnya memberitahu mereka supaya mengiktiraf hormat kendiri anda dan keinginan anda supaya diambil kira dalam perkara-perkara yang membabitkan dasar.
Anda bukan mahukan pemberian wang percuma, anda mahukan penglibatan yang tulen. Anda mahu supaya anda diperlakukan sebagai rakan kongsi yang tulen dalam kehidupan politik dan ekonomi negara kita.
Kepada orang Melayu, anda mahu anak-anak anda dipimpin ke menuju masa depan oleh pemimpin–pemimpin Melayu yang memahami perbezaan antara yang betul dengan yang salah. Anda mahu dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang sedia mendengar keluhan orang miskin, yang memahami nilai kebaikan dan sentiasa rela memaafkan, yang betul-betul tidak korup, yang tahu perlunya konsultasi dan tolak ansur dalam menyelesaikan begitu banyak masalah negara ini.
Pemimpin-pemimpin Barisan hanya tahu bagaimana hendak mengugut lawan mereka dan merasuah mereka dalam usaha hendak mempertahankan kuasa.
Ahad ini nanti marilah kita turut serta mendendangkan lagu Andrea Bocelli, Time To Say Goodbye.
Semasa di P.Pinang saya bertemudan berbual panjang dgn bekas org kuat Zaid dalam KITA,banyak cerita lucu mengenai Zaid yg saya dengar dari beliau,termasuklah cerita bagaimana Zaid cuba nak masuk semula Umno dan bila gagal dia berusha pula nak masuk semula PKR dgn memohon maaf pada Anwar yg di kutuknya dulu.Kedua-dua cubaannya gagal keran a di sabortage,oleh bekas org kuatnya itu.Kami ketawa berdekah-dekah,saya merasa cukup lucu dgn tindakan bekas org kuat nya itu.Padan muka ,kata beliau ZI dgn AI 2X5.
BalasPadamTapi saya khuatir orang melayu akan cepat termakan budi...kerana itulah sifat kita yg telah ditanam olih orang2 tua kita. Orang memberi kita berbudi....takut inilah yg dipegang olih kebanyakkan melayu yg cepat sangat percaya dan memaafkan kesalahan orang...tetapi saya akan berdoa, insyaallah, kali ini kita akan terus tanamkan azam untuk menumbangkan UMNO haramjadah ini!!
BalasPadamanon 9:35. andapun apa kurangnya? kurang ajar atau kurang asam?
BalasPadamBetul,org melayu klu dah termakan budi habisss. Klu hkm bnrkn, bini pun dia bg dlm mmbls budi tu.
BalasPadamEntahlah dgn manusia melayu ni,ditipu,ditekan, dikhianati dkt ngndi bg kain btk,pelikat,duit skt dah cairrr....mcm ktl ais awal krs mcm batu,ltk tngh pns habis cmtu je.
BalasPadampastikankita keluar mengundi jgn dgr blogger ckp PR menang sampai kita tidak keluar mengundi psal mcm main bola kalau dah rasa kalah pasukan tu akan main mati matian psal wisel tamat belumditiupkankan lagi nPastikan kita ni keluar mengundi untuk anak cucu kita klau nampak Bangla keluar mengundi jgn ade sapa sapa ckp Bangla tu anta bini dia mengundi Tu la jadinya kalau anak@ nak kawin ngan "sarok khan" Biar ade maruah bukan jadi barua Faham x
BalasPadamjgn terperangkap kata2 bangla kat tempat undi psal anta bini g undi > ni la maruah melayu bila anak2 nak kawin ngan "sarok khan" Pakai otak la atau x de otak
BalasPadamjgn terperangkap kata2 bangla kat tempat undi psal anta bini g undi > ni la maruah melayu bila anak2 nak kawin ngan "sarok khan" Pakai otak la atau x de otak
BalasPadam