Selasa, 14 Mei 2013

Dah tak dak kerja ,tak ada jawatan pakat jual 'Minyak UG'

Nak hadapi pru 14 lambat lagi jadi la ni yang syok baik kita tibai dan pelokoh mana-mana pemimpin yang nak sangat beromen dengan Umno.Mentang-mentang la TGNA dah tak jadi MB dan dah 'letih' dengan dunia politik ingat senang tukang jual minyak UG nak jual minyak supaya Pas-Umno bersatu?

Suara-suara yang sama sebelum dan selepas pru 13 nak sangat Pas-Umno berUG tak lain tak bukan Nasharuddin Mat Isa bekas Timbalan Presiden Pas,Norman Toha bekas setiausaha Pas Selangor ,Hasan Ali,budak mentah yang katanya bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Noordin.Puak-puak ni dah jadi sampah politik dan kini jadi alat Umno dah tak laku dah.Bak kata orang setakat jadi Pak Yet dalam politik.Budak Hafiz tu kata ini perintah Allah.

Apa cerita dengan tuntutan royalti minyak Kelantan.Mentekedarah hasil minyak negeri tanpa bayar royalti ni perintah Allah jugak ka?Perintah Allah jugak ka MB Terengganu kata hanya rumah mampu milik di kawasan yang BN menang?Balas dendam ni ikut ajaran mana?Takkan ajaran Islam?Macam mana dengan tuduhan Tok Lebai Pondok Umno yang kata undi Pas haram,TGNA sesat, Pas parti ajaran sesat?

Terkini Presiden Pas mengulas  isu berUG Pas-Umno ni kata ,“Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, dia pergi dekat, dia raba(tarik) kita tenggelam sekali,”.Presiden pun kalau nak lemas sama dengan puak tu tak akan jadi lagi pemimpin yang dihormati!Dah la isu pertindihan kerusi dalam pru 13 dia kena kritik teruk.

Tepuk sebelah tangan tak bunyi tapi kalau pakat-pakat tepuk kedua belah tangan bunyi jadi deras.Berapa dapat komisen kalau Pas -Umno berUG?

2 ulasan:

  1. Blogger UG pulak siapa? FZT, lagi...

    BalasPadam
  2. tidak kira siapa lebaikah, ulamakkah,presidenkah, majlis syurakah, menate kah, hantukah, bomoh jinkah!. Kalau nak bersoronok-seronok dengan UMNO kita akan langgar.

    BalasPadam