Selasa, 7 Mei 2013

Kalau ada Adun Pas yang pro Hasan Ali memang tak layak jadi MB Selangor!

Dah lama tak dengar suara si Hasan Ali Jati yang ditendang keluar Pas.Masa musim pilihanraya pru 13 Hasan Ali jadi tukang kempen Umno-BN di Selangor walaupun dia tak sertai Umno.Selepas pru 13 PR kembali berkuasa di Selangor dengan majoriti 2/3 di mana Pas dapat 15 kerusi dun,PKR dapat 14 dan Dap dapat 15 kerusi dun Hasan Ali kembali muncul bersuara supaya adun Pas dilantik sebagai MB Selangor yang baru.

Kini desas desus menyatakan Pas mahu kerusi MB yang turut diintai PKR.Siapa akan jadi MB Selangor akan diketahui sikit masa lagi.Beberapa nama telah dicadangkan pihak Pas termasuklah adun Templer,Paya Jaras dan beberapa nama lagi.Ada laporan pulak menyatakan bahawa Tan Sri Khalid akan dilantik semula sebagai MB dan akan wujud jawatan Timbalan MB untuk diberikan kepada Pas.Bagi rakyat tetap mahukan Tan Sri Khalid sebagai MB penggal baru walaupun beliau dianggap amat kedekut dengan parti tapi beliau amat pemurah dengan rakyat!

Jika pihak Pas mahukan jawatan MB Selangor Pas kena ambil iktibar dengan apa yang berlaku di Kedah semasa era ustaz Azizan jadi MB Kedah yang timbul pelbagai isu hingga membawa kepada tumbangnya kerajaan PR di Kedah!Pas kini dilihat semacam ja dengan apa yang terjadi di Kedah dalam pru 13.

Satu lagi jika ada adun-adun Pas yang mesra Hasan Ali yang bergayut di dahan Umno memang tak layak untuk jadi MB Selangor!Jadi TMB pun tak layak!Buat apa Hasan Ali nak menyibuk siapa nak jadi MB?Beliau ,Zul Noordin dan Braheng Ali Perkasa dah jadi kain buruk.Segala permaian mereka orang putih kata 'Game is over'.

10 ulasan:

  1. Salam kepada semua (ini yang kami rasa)

    Keputusan PRU13 sudah diketahui Allah berkehendak sedemikian maka tiada daya dan upaya kami sebagai hamba untuk melawannya, namun begitu Allah jua memberikan kita akal dan fikiran untuk memikir dan muhasabah diri atas apa jua yang berlaku. Maka bagi diri saya yang lemah ini kekalahan PR dalam PRU13 ini sebahagianya besarnya disumbangkan oleh Parti PAS dibawah pimpinan Hj Hadi yang banyak dilihat sebagai tidak cerdik dalam menguruskan hal berkaitan rakan dalam PR.

    Saya dan sebahagian besar generasi saluran 3 amat kecewa dengan apa yang berlaku PAS melalui presidennya banyak mendatangkan rasa kurang senang aktivis PR juga pengundi yang telah lama bersedia untuk menyokong Pakatan Rakyat.

    Kami tidak menyangka seorang presiden parti Hj Hadi sanggup menghina dan memalukan rakan dalam PR yang lain hanya kerana beberapa perkara yang boleh diselasikan secara baik, ahli PAS juga dilihat terlalu menakutkan dengan melakukan pelbagai perkara antaranya sebotaj dan kelihatan seperti sorang yang sangat tamak hanya kerana mengikutkan nafsu semata mata.

    Dan keyakinan kami ialah agen kerajaan perpaduan yang masih aktif didalam PAS dipercayai menjadi dalang kekalahan PR agar hasrat rakyat untuk melihat DSAI menjadi PM gagal dan impian ke Putrajaya lebur. Kami lebih yakin PAS melalui agen kerajaan perpaduan melobi supaya Hj Hadi menjadi PM dan ini juga berdasarkan tindak tanduk dan kenyataan sinis beliau sepanjang kempen dahulu.

    Selama ini kami berfikir mungkin Parti Keadilan dan DAP yang agak lemah daripada segi akhlak dan pendirian tetapi PAS jua lebih teruk lagi sebenarnya, perangai mereka hampir menyamai musuh dalam beberapa hal. Kini kami mula sedar bahawa PAS bukan la sebuah parti yang boleh diharapkan dalam gabungan PR ia amat mirip seperi UMNO dan usaha untuk menyatukan PAS dan UMNO adalah idaman sebahagian daripada duri dalam daging parti PAS.

    Mereka memakai baju hijau, melaungkan Takbir duduk bersama rakan PR yang lain berpura-pura mengambilo berat hal rakyat tetapi sebaliknya hati mereka cenderung kepada musuh, semoga Allah menghancurkan mereka satu masa nanti...

    BalasPadam
  2. Aku sokong 100% ulasan budakbajo atukman yang mengulas apa sebenarnya yang berlaku dalam PRU13 oleh Presiden PAS nyata dan terang seorang Presiden gila kuasa.

    BalasPadam
  3. kena ingat. Selangor kekal di tgn PR sebab Khalid...so elok dia jadi MB. portfolio kerajaan tempatan tu baru bagi kat org PAS ganti dgn si roni lew...baru kedai todi boleh tutup dgn aman.

    BalasPadam
  4. PAS janganlah mengada-mengada sangat. PAS menang kerusi DUN bukan kerana PAS sendiri tetapi kerana PR! Tanpa PR, PAS masih belum mampu untuk menang di Selangor yang pengundinya 'multiracial'.Jadi MB Selangor ni memerlukan seorang yang ada kepakaran dan ketegasan dalam urustadbir ekonomi,pengurusan dan tatakelola peraturan kerja yang cekap dan berkesan! Bukanya berpolitik dan berceramah motivasi saja! Dan bukan hanya jadi pengampu sultan macam bekas ahli PAS yang gila nak jadi MB dulu! Jadi YB kena cermin dan nilai kebolehan mentadbir dulu barulah pasang angan-angan! PR diSelangor dimenangkan kerana kecemerlangan TS Khalid Ibrahim mentadbir Selangor dengan cekap serta bijak mengatasi tohmah,fitnah, demonstrasi dari orang-orang melayu dari Bani UMNO yang bangang melantun! Siapakah Hassan Akidah yang sekarang bersuara untuk menyuruh PAS mengambilalih jawatan MB? Orang yang khianat dan busuk hati inikah yang PAS nak ambil nasihatnya? Jangan jadi poyo dan sengal lah YB PAS! Anda sepatutnya membantu TS Khalid dari segi tarbiah dan kemajuan agama dan membantu dari segi nasihat supaya apa jua gerakerja MB ada ruh dan input agama! Hasan Akidah ni sebenarnya menyesal dan gila talak! Inilah takdir yang Allah tentukan kepada orang yang khianat kepada perjuangan Islam. Kalau Hassan ni benar pejuang Islam, maka tidak akan keluar dari mulut longkangnya tentang tuduhan kepada Anwar tanpa bukti dan hanya berasakan blogger lucah UMNO! Kepada Hasan Akidah, lu simpanlah lu punya sifat khianat,busuk hati dalam poket perasuah UMNO! Kebijaksanaan ngko dah sedikit demi sedikit pudar diambil Allah lantaran kerana angkuh,khianat dan perasan ngko sorang cerdik hanya kerana ada Phd! Kepada PAS,ambil iktibar Terengganu dan Kedah! Ulamak dan ustaz sangat penting kerana mereka ini input kekuatan spiritual, tetapi mentadbir negeri macam Selangor tidak cukup dengan spiritual! Mesti strategis! Akibat dari sikap 'sengal' MB diKedah dan tidak jujurnya dan tidak strategisnya PAS terengganu,maka mereka gagal menfaatkan trend pengundi yang menyokong PR untuk menakluk Terengganu! Agak-agaklah sikit PAS weh!! TGNA di kelantan tidak boleh di samakan dengan TGHH dan lain ulamak UG PAS, mungkin air kaki Nik Aziz pun tak ada! Aura dan karisma TGNA adalah anugerah! Begitu juga Karisma Anwar tidak ada pada orang lain dan satu anugerah! So,PAS Selangor muhasabahlah diri! Tidak dinafikan Pesurujaya PAS Selangor seorang yang baik tetapi belum sesuai lagi untuk MB Selangor atas sebab-sebab tertentu! Period.

    BalasPadam
  5. Aku penyokong perjuangan Islam. Aku sokong YB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB atas faktor kebijaksanaan menguruskan ekonomi dan pentadbiran negeri serta kurang (kurang pandai) berpolitik. Jadilah MB rakyat Selangor bukan MB penyokong PR. Taqbir.

    BalasPadam
  6. Jangan lah di ganggu Selangor..kekal lah status quo..ini lah contoh terbaik negeri dibawah PR..rakyat semua bangsa menyokong nya bkn hanya kaum cina..contoh sabak tmn templer paya jaras sementa dusun tua mampu kita tawan..klu tidak kerana keangkuhan di kota damansara dan semenyih serta cerita blackout dan banglasia mungkin keputusanya lebih hebat lg...

    BalasPadam
  7. aku sokong kekalkan ts khalid mb selangor dan buang sitelengong hadi awang dlm tong sampah... bodo nak mampus... malu aku jd ahli pas ade plak org bangang jd presiden aku...

    BalasPadam
  8. Bila pulak hang jadi ahli PAS ??? Cakap mcm orang x pernah 'Dengor".

    BalasPadam
  9. aku sokong agar diujudkam jawatam timbalan menteri besar...bagi kat PAS... DR RANI ADUN MERU BELIAU PALING LAYAK...

    BalasPadam