Satu lagi sumber Umno mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.
Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.
“Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang,” katanya.
Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.
Sumber yang telah terlibat dengan kempen pilihan raya semenjak 1999 itu mengatakan bilik perang mempunyai orang berpengalaman seperti Idris, Tengku Adnan dan Jamaluddin akan tetapi mereka tidak mempunyai kebolehan untuk melawan media baru atau mengadaptasi strategi untuk menarik undi daripada generasi lebih muda.
“Media arus perdana telah menyekat pembangkang akan tetapi di media sosial, apa sahaja keburukkan kami atau media arus perdana lakukan, ia dikuatkan di atas talian dan orang lebih benci kepada kita. Ini menyebabkan mereka tidak membaca atau menonton seperti kami,” tambah beliau.Baca semua di sini.
Kini apabila semua strategi tak menjadi maka ditiupkan api perkauman untuk tutup segala kelemahan BN yang dilihat semakin tak ketawan hala.Pemimpin Umno tidak mahu dalam keadaan sekarang ahli Umno bangkit memberontak buat undi tak percaya kepada Najib selaku Presiden Umno dan Pengerusi BN.Jika ini berlaku dan kita yakin akan berlaku tak lama lagi maka habislah karier Najib dalam politik.Muhyiddin sedang mengintai peluang terbaik untuk jadi PM.Jika Najib pintas Muhyiddin dengan melantik orang lain sebagai PM maka lagi teruk jadinya!Dalam politik macam-macam boleh jadi.
Sementara itu Pengarah Strategi PKR Rafizi sedang mengumpul bukti di 27 parlimen yang didakwa berlaku penipuan dalam pilihanraya.Jika ada bukti kukuh Najib pasti tak senang duduk.Kata Rafizi Ramli,“Dua lagi kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi margin kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undi pos dan undi awal diragukan.
“Dan keempat ialah kerusi yang dilaporkan wujudnya penipuan yang ada bukti kukuh beserta laporan polis,lapor keadilandaily.com.
bang misai itu BN pukimak gunakan wang rakyat epf lu tau tak binawe pukimak betul bn ni
BalasPadam