Selasa, 7 Mei 2013

Jawapan yang memalukan daripada Pengarah Pilihanraya Pas Kedah

'PAS kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Phahrolrazi'

Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.
BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi  antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.

Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.

Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.

Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri  dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.

Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut.

Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.

"Kita menerima keputusan rakyat dengan hati terluka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.

"Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," katanya.

"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi.

Menteri besar Datuk Seri Azizan tidak hadir sewaktu pengumuman tersebut.-Malaysiakini

Rakyat Kedah kini bercakap punca berlaku Pas kalah teruk di Kedah adalah kerana pergeseran ust Azizan dan pimpinan Pas Kedah.Mana satu betul?Orang Cina meluat,atas pagar meluat dengan apa yang berlaku!

5 ulasan:

  1. salam kekalkan tan sri khalid sebagai MB selangor. aku bimbang kalo dpt pd org2 pas yg tak bertanggungjawab jatuh selangor nanti

    BalasPadam
  2. Org Cina, melayu dan India sokong pas kerana melihat kepimpinan Tn. Guru Nik Aziz. Tapi apa yang dilihatkan oleh pemimpin pas yang lain tidak menyamai apa yang Tn Guru lakukan mereka menjadi meluat, termasuk saya sendiri. Bila diberi kuasa sepatutnya berkhidmat untuk rakyat, bukanya bercakaran sesama sendiri berebut kuasa, menunjukkan siapa yang lebih hebat dan sebagainya

    BalasPadam
  3. Takyah lah bagi statistik tentang peningkatan pengundi! Ini semua teknikal dan angka! PAS kalah sebab pemimpin dia anggap pengundi tu 'batang kayu' dan takde keperluan dan kemahuan. Tambah lagi dengan YB-YB yang kelaku lebih dari 'jidin sengal' dan 'poyo' dengan sikap mesra BN konon! Tegasnya YB PAS cepat lupa diri dan tak buat kerja sebagai YB dengan dedikasi! Rakyat meluat dengan sikap YB PAS yang kelaku mengalahkan YB UMNO dan berebut jawatan(baca merebut sumber untuk buat kekayaan@ekonomi)! Last-last gigit jari dan mengecewakan penyokong yang berkerja keras! Boddoooooooo...!

    BalasPadam
  4. Antara punca kekalahan PAS di negeri KEDah :
    1. Tiada persefahaman antara pemimpin peringkat atasan ( kes Azizan dan pahrolrazi )dan juga perebutan kuasa diperingkat kawasan.
    2.Kerajaan Negeri mendakwa pendapatan negeri meningkat berkali-kali ganda namun rakyat tidak dapat merasai kekayaan ini dalam bentuk fizikal.Sebaliknya pimpinan Umno masuk kekampung-kampung menghulurkan bantuan dalam bentuk wang ringit yang boleh dinikmati secara terus oleh penduduk-penduduk kampung.
    3. MKK tidak memainkan peranan membantu kerajaan negeri.Sebaliknya mereka lebih suka dan teruja dengan menikmati elaun sahaja. Berbeza dgn JKKp yang lebih komitmen membantu parti dan menarik sokongan rakyat dari masa ke semasa.
    4. Pengundi saluran 1 masih lagi rmai dan mereka amat sukar untuk membuat perubahan.

    BalasPadam
  5. apa yg jadi kat kedah tak ubah mcm yg berlaku di terengganu dulu masa hadi awang pegang, kalut dpt jawatan pastu jadi angkuh tak tentu hala..tu pasal jadi sepenggal, kalau tak perbaiki sampai bila tak bole settle, tgk kelantan bwh mb baru ni camne, jgn hanyut sudah...

    BalasPadam