Khamis, 2 Mei 2013

Buat apa Mukhriz nak sibuk dengan syiah..tu San Miguel macam mana?

Utusan Meloya dan Umno cuba kalih isu di Kedah dengan menimbulkan isu syiah ke atas Haji Muhammad Sabu Timbalan Presiden Pas yang bertanding di parlimen Pendang.Saya cuma nak kata inilah hakikatnya pemimpin Umno yang kering modal cari isu lain untuk jadi pendinding daripada terbenam ke dalam tanah.

Saya cuma nak kata daripada sibuk dengan fahaman syiah lebih baik Mukhriz yang jadi calon dun Ayer Hitam yang bercita-cita jadi MB Kedah perbetulkan diri sendiri dan sanak saudara beliau yang jadi pengarah syarikat arak terbesar di Filipinan San Miguel!

Saya bukan penganut syiah tapi saya juga tak halang sapa-sapa nak sokong Syiah.Syiah ada negara hang pa nak lawan depa macam mana?Tiap-tiap tahun musabaqah membaca al- quran dijemput qari daripada Iran yang bermazhab syiah untuk perdengarkan bacaan.Kalau berani sangat jangan jemput qari daripada Iran datang Malaysia!

Jika BN berkuasa di Kedah dan Mukhriz jadi MB Kedah ini bermakna kepimpinan Tun Madey yang diwarisi Mukhriz akan cengkam rakyat Kedah keseluruhannya.Bermula daripada Tun Madey yang kuasai Proton dan Petronas juga syarikat minyak Petron apa lagi yang tak cukup dengan anak beranak Tun Madey?Depa nak kuasai segalanya hingga ke lubang kubur.

Mukhriz patut nasihat bapanya yang pernah hina janggut nabi panjang sebab tak ada pisau cukur!Buat apa nak sibuk dengan syiah..mai kita pakat lawan Umno-Bn bagi mampoih kali ni!

Masa ni la nak bodohkan Melayu pun liwat la,tutuh pungkoq la,syiah la,dalam masa yang sama semua pemimpin Umno sedang ketaq perut jika hilang kuasa walaupun harta masing-masing dah jadi bukit dan gunung.

Kayanya anak beranak Tun Madey tonton di bawah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan