Khamis, 9 Mei 2013

Pemimpin lemah dalam Pas mesti letak jawatan

Kegagalan PR untuk bentuk kerajaan di Putrajaya amat mengecewakan semua rakyat yang dahagakan kerajaan baru bukan Umno-BN yangr kini kembali bernyawa setelah nampak nyawa-nyawa ikan dalam pru 13 yang baru berlalu.Dalam parlimen kini kerusi PR 89 dan BN 133.

Ok la..yang lebih kecewa lagi sikap pemimpin politik dalam Pas sendiri yang tidak mampu kawal sikap ahli-ahli parti yang ketegaq biji kata orang Utara tak wala' nak juga rebut kerusi di dun Kota Damansara di Selangor dan Dun Sg.Acheh di Penang.Akibat nafsu yang bergelora di sebalik serban dan jubah tidak ikut arahan supaya jangan bertanding maka akhirnya dua kerusi tersebut yang diyakini boleh menang terlepas ke tangan puak syaitan yang dikenali.Syaitan senyum menang sementara kita kalah jadi abu tewas jadi arang!Padan muka.

Di Dun Kota Damansara calon Pas yang bertanding tarik diri tapi hanya sekadar mulut sahaja tapi berkempen sehingga hari mengundi.Begitu juga di Sg Acheh Penang.Semuanya sudah terlambat cakap saja tarik diri tapi nak juga bertanding!

Tu satu bab.Di Kedah Pas dan PR kalah kerana sikap pemimpin Pas yang bertelagah sesama sendiri hingga ke hari mengundi.Walaupun mulut kata dah ok tak berkelahi dah tapi semunya hanya sekadar cakap saja masih berdendam antara satu sama lain.Akibatnya bala sampai bawa Pas dan PR di Kedah terjun masuk telaga buruk.Yang kesiannya anak muda yang berjuang bermati-matian untuk pertahankan Pas dan PR di Kedah lemah longlai bila keputusan PRU 13 tidak memihak kepada Pas.Orang Melayu di Kedah tolak Pas walaupun orang Cina dah bagi habis kepada Pas dan PR untuk terus kekal perintah Kedah.

Salah siapa?Adakah hanya salah ust Azizan seorang?Jawapannya tidak.Kedua-dua pihak yang bertelagah di Kedah mesti mohon ampun dan maaf kepada ahli dan penyokong Pas dan PR di Kedah.Pas Pusat juga lemah untuk kawal api dalam sekam yang merebak bakar satu negeri Kedah yang bawa petaka buat semua.Ust Azizan semasa berkuasa selalu kata..kita ikut pusat..kita ikut pusat apabila hal berkaitan parti di tanya kepada beliau.La ni nak ikut pusat sapa pulak?

Tukang batu api yang berkeliaran di kedua belah pihak yang bertelagah kini senyap hanya sekali sekala bersuara mungkin depa syok Pas dan PR hilang kuasa di Kedah!Tak payah nak menangis sedih apa yang kita tanam itulah yang kita tuai.

Pertelagahan Dr Haron Din dan Karpal Singh menjelang hari pengundian juga jadi penyebab dan punca Pas ditolak di beberapa negeri.Puas hati..BN patut ucap terimakasih kepada mereka berdua!

Kita dok desak Najib letak jawatan kerana menang pru 13 tanpa 2/3 majoriti ..yang pemimpin kita lemah bila nak letak jawatan?Timbul tanda tanya kini adakah kes yang berlaku di Kedah kini akan turut merebak ke Kelantan yang dimenangi Pas sejak tahun 1990 hingga kini?Husam Musa kini jatuh ditimpa tangga .Kalah di parlimen Putrajaya menang di dun Kelantan tapi hilang jawatan exco kanan kerajaan negeri Kelantan.

Alang -alang seluk pekasam biar sampai kepangkal lengan,alang-alang mandi biar basah ..haaa ni lah hasilnya!

Sekalung tahniah kepada TGNA yang dah bersara daripada jawatan MB Kelantan.Moga panjang umur dan sentiasa sihat untuk terus berjuang melawan Umno-BN.

6 ulasan:

  1. yg benar ikut islam patut dijelas walau pahit.pas dah korbankan banyak benda.parti yg lain saja x sanggup korban macam pas.berbuallah dimana pun brim jadi keutamaan kat kedah.x di nafikankan pas kedah ada kesilapan namun rakyat melayu hari ni lebihkan wang dari keredhoannya.kami akar umbi puas terangkan kebaikan pr namun jawapannya kami x kira yg lain.kami kira ujung tahun ni rm1200 sapa nak bagi lain pada bn yg baik ati.selain itu x banyak bukan melayu sokong pas(sokong pkr) saja.kes pusat penyembelihan babi, kes kuota perumahan, kes perebutan kerusi pkr dan dap di kedah.fikir2kan lah.

    BalasPadam
  2. belajar lah kenal PUNCA..
    biasa nya dr PUNCA lah brmula sgl..

    klu emak pak masaalah anak2 jd mngsa..
    klu guru2 lemah murid2 akan merana..

    klu KETUA/presiden parti "lok-LAK"
    klu MB pon "ketegak"
    sume jd haprak

    BalasPadam
  3. memang terasa sedih dengan kegagalan mempertahankan kedah dibawah naungan PAS. Belas kasihan terhadap akar umbi yang berusaha bersungguh dalam kerja-kerja parti, tetapi terdapat pemimpin yang tidak melihat perjuangan ini. Kurang musyawarah, kurang taat dan semuanya kurang. Yang mungkin nampak adalah jawatan dan habuan dunia. Ada yang berserban dan berkopiah putih hanya luaran tetapi dlman tidak dijaga, sombong, bongkak dan hasad dengki. Sedih dan sedih sangat2... Wahai Pemimpin-Pemimpun disemua peringkat, jagalah akhlak dan hubungan dengan Allah dan gunalah akal fikiran yang Allah kurniakan. Mengalah bukan bererti kalah. Renung2kan lah.

    BalasPadam
  4. Betul yang dikata

    BalasPadam
  5. ne Azmin Ali ape citer lak ne???

    BalasPadam
  6. pemimpin yg dok ada..suka bg bola tanggung saat2 akhir..laa..apa dh jadi..ayat paling sesuai utk depa..padan mukaaa...

    BalasPadam