Khamis, 16 Mei 2013

Kalau macam tu Pas Kedah berjuang untuk kalah bukan untuk menang

Takziah kepada keluarga bekas MB Kedah kerana betapa sedihnya mereka ketika ini kerana bekas kapten dan PJ Pas Kedah itu dalam keadaan yang tak sihat yang amat.Semoga Allah SWT cepat sembuhkan beliau dan diberi kekuatan untuk terus berjuang walaupun kedua belah kakinya telah hilang.Semoga ust Azizan dapat jadi Ketua Pembangkang dalam dun Kedah tu pun kalau dia berminat dengan jawatan tu.

Dalam sejarah Islam Mus'ab bin Umair ketika dalam Perang Uhud tangan kirinya yang memegang bendera atau panji telah dipotong oleh pihak musuh lalu beliau memegang pulak panji dengan tangan kanannya.Tangan kananya juga dipotong lalu beliau pegang pulak panji tentera Islam dengan kedua belah pangkal lengannya.Itulah kehebatan Mus'ab bin Umair!

Tu sahabat Nabi kita pulak berjuang ikut perangai sapa?Ikut nafsu syaitan atau ikut kepala sendiri?Apabila baca dalam Free Malaysia Today yang melaporkan Setpol bekas MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menulis bahawa bekas MB Kedah tu kata kat dia,“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Cuma bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar,” kita rasa lagu mana?Adakah kita berjuang untuk kalah?Berjuang untuk puaskan diri sendiri?Betullah kata setengah orang Pas di Kedah bahawa ust Azizan mahu cipta sejarah bahawa hanya beliau seorang saja dari Pas berjaya jadi MB di Kedah!

Adakah tanpa ust Azizan Pas Kedah akan bungkuih?Kenapa ust Azizan begitu buruk prasangka kepada orang lain sampai sanggup kata lagu tu?Baca di sini.Sikap berpuak-puak dalam Pas di Kedah ni jadi petunjuk bahawa mereka bukan berjuang untuk menang tapi untuk kalah.Pentingkan diri sendiri,tidak mahu mengaku salah dan silap jauh sekali apa yang ditinggalkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dikasihi.

Jika ust Azizan rasa beliau amat hebat nilah masanya untuk meminta maaf kepada semua ahli Pas di Kedah termasuklah kepada penyokong PR sekali.

Ada yang kata ust Azizan hebat lawan penyakit yang dihadapinya ayah saya juga hebat lawan penyakit yang dihadapinya hinggakan betisnya yang bernanah kerana kencing manis,dan masalah jantung disembunyikan daripada anak-anak,dan kata beliau tetap sihat semata-mata tidak mahu dibawa ke hospital.Akhirnya beliau meninggal atas kerusi di rumah selepas solat Zohor pada 19-1-13 yang lalu.

Selamat hari guru..buat semua guru,ustaz dan juga Tok Guru..moga anda semua dirahmati dengan limpah kurnia Allah SWT.

5 ulasan:

  1. Kalau begitulah busuk hatinya Azizan Razak pada ahli-ahli PAS... susah aku nak maafkan kamu.

    BalasPadam
  2. Sungguh muda tuan2 bicarakan tentang hukuman dosa pahala....fikirkanlah...

    BalasPadam
  3. Memang dari dulu pas suka berjuang utk kalah .aku ada banyak pengalaman peribadi .pas perlu berubah pemimpin pas perlu ada ramai ayng optimis tapi yang ada ramai yang pessimis. Perlu tukar .. ikut prestasi bukan ustaz sajamenjawat semua jawatan.sepatutnya tak kira siapa. Pelbagai kerjaya

    BalasPadam
  4. Sudah2 lah tu,main isu lain lah,kesian kat ustaz tu,,,

    BalasPadam
  5. Cadangkan supaya PAS tutup kedai di Kedah! Lagi bagus dari asyik kelahi dan berpuak-puak mengalahkan UMNO!

    BalasPadam