Isnin, 30 April 2012

Kompom Najib dan gerombolan dah pening

Apa yang hang pa dengar pahat dan penukul Umno berbunyi apabila demo Bersih 3.0 berakhir?Semua puak gerombolan tuduh demo 28 April mahu tumbangkan kerajaan.Yang ini memang betul!Tapi gerombolan bukan nak ditumbangkan di jalanraya tapi dalam pilihanraya 13 nanti.Apa Najib kata apabila demo Bersih 3.0 berakhir?Kata Najib Pembangkang tidak dihalang berhimpun, asalkan tidak gugat keamanan (M'insider 28 April selepas demo)Najib kata kalau nak berhimpun boleh guna Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka.Semasa demo Bersih 2.0 tahun lepas penganjur minta Stadium Merdeka tapi ditolak! Najib lupa dan pening!Dah habis demo baru offer haha

Pemimpin Umno pakat kata demo Bersih 3.0 berakhir dengan keganasan dan polis jadi mangsa!Kalau polis jadi mangsa kenapa Najib dan Hishamuddin minta maaf kepada wartawan The Sun yang dipukul hingga patah tulang rusuk?Peguam dipukul hingga berdarah.Polis sepak dan terajang rakyat tak keluar berita dalam media Umno-BN.Media Umno sibuk dengan provokasi potong dawai penjara yang kawal Dataran Merdeka.Kenapa Umno tak kata wartawan dan peguam tu pukul diri sendiri sampai patah tulang rusuk dan berdarah?Secara tak langsung Najib sendiri mengaku kata polis ganas dan zalim apabila minta maaf.

Hishamuddin Menteri Dalam Negeri kata rampas kamera wartawan ikut garis panduan operasi polis (SOP).Ketua Polis Negara pulak kata rampas kamera wartawan tak ikut SOP.Jadi menteri tak tak tau apa main cakap ikut sedap mulut ja.Media antarabangsa kutuk polis rampas kamera wartawan tapi laporan ni tak ada dalam media Umno-BN.



Najib dn gerombolan bertambah pening apabila Bersih 4.0 akan muncul sebulan lagi jika pengerusi SPR dan Timbalan SPR tidak letak jawatan kerana jadi ahli Umno.Berat sebelah !

1 ulasan:

  1. kalau tak nak kecoh kecoh bubarlah,ada beranikah,baru kamu tahu kuasa rakyat yang sebenar.

    BalasPadam