Khamis, 19 April 2012

Puak gerombolan guna samseng serang,pukul dan tumbuk mahasiswa di Dataran Merdeka



PTPTN:Aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka diserang-Sinarharianonline
Aktivis-aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dalam kempen mereka menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mendakwa mereka diserang oleh sekumpulan individu, yang menurut mereka kumpulan samseng, awal pagi tadi.
Aktivis itu yang berkhemah di Dataran Merdeka buat hari keenam hari ini, diserang sekitar 2.45 pagi tadi.
Mesej mengenai serangan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang ketika dihubungi awal pagi ini mengesahkan mereka diserang dan beberapa aktivis dimasukkan ke hospital.
"Ya, kami semua diserang 60 gengster, tidak tahu siapa dan mereka merobohkan semua khemah kami.
"Kami disepak diterajang ditumbuk dan dihalau dari Dataran. Tapi kami masih tetap di sini. Seorang sedang dapat rawatan kecederaan di Hospital KL.
"Masa itu kami dalam 40 orang. Yang cedera ringan dalam lima orang sebab dipukul. Seorang dibawa ke hospital," katanya lagi.-sinarharian

Baca juga-
Samseng serang mahasiswa di Dataran Merdeka-harakahdaily
Gambar atas seorang siswa yang kena pukul dengan samseng gerombolan(m'kini)
Polis tengok saja tak buat apa bila lembu-lembu gerombolan mengamuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan