Isnin, 16 April 2012

Khaled Noordin kalau anak jantan patut minta Shahrizat dan suaminya bagi balik duit lembu NFC RM250 juta

Saya tak kata begitu bodohnya menteri bila minta pelajar pulangkan wang PTPTN jika mahu mansuh (ada orang kata PTPTIPU).Hang pa ingat semua yang jadi menteri yang mentekedarah gaji duit rayat tu bila bukak mulut cerdik ka berhujah?Kata Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi, "Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di Kuala Lumpur, hari ini.


Kalau nak minta balik berkira walaupun satu sen dengan rakyat, rakyat juga nak cabar Khaled Nordin kalau anak jantan minta balik kerugian NFC RM250 juta yang diperolehi keluarga Shahrizat Ketua Wanita Umno Malaysia.Bagi balik wang saham bumiputera yang lesap RM52 bilion.Ada berani?




Takat nak cabar mahasiswa supaya jadi jantan depa dah tunjuk kejantanan depa supaya kerajaan lintah darat yang hisap darah rakyat macam drakula hingga saggup depa bertahan di Dataran Merdeka lebih daripada 48 jam dah.Nak jantan macam mana lagi?Takat tunjuk jantan dalam bilik aircond wang rakyat lebih hina daripada anjing kurap tak ada tuan.


PM Najib sendiri kini dah jadi menteri wanita jantan sangatkah pemimpin Umno?


Tadi saya ke Putrajaya urusan imigeresen saya sembang dengan majikan yang uruskan pekerja asing untuk syarikat mereka.Taw apa depa kata?Kata mereka "Umno-BN masa untuk dikuburkan sudah sampai.Masa dah cukup dah.Hanya tunggu PRU 13 datang.Sekarang mereka boleh buat apa saja yang mereka nak buat."Kalau tiga orang majikan cakap benda yang sama kutuk Umno-Bn di Putrajaya saya yakin sungguh memang kompom kali ni Umno tumbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan