Rabu, 4 April 2012

Sekali lagi Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April jom turun ramai-ramai!

Ubat paling mujarab kepada regim Umno-BN yang berkuasa , yang degil tidak mahu dengar tuntutan rakyat ialah kita turun ramai-ramai sekali lagi pada 28 April di Dataran Merdeka.Wahai anak muda jangan gentar dan takut untuk buat perubahan.Jika pemerintah tidak mahu berubah kita rakyat akan tukar pemerintah dalam pru 13 akan datang.Tapi sebelum pru 13 berlangsung kita jadikan Dataran Merdeka dipenuhi lautan puluhan ribu rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem pilihanraya di negara ini yang terbukti banyak berlaku penipuan setiap kali pru diadakan.

Bersih 3.0 diteruskan 28 April dengan 'Duduk  Bantah' 



Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

bersih announcing 3rd rally 040412 leafletPengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu
berkata perhimpunan berkenaan akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.'
Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.
Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.
Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.-Malaysiakini

Tunaikan 8 tuntutan ini;

Bersihkan senarai undi
Mereformasikan undi pos
Gunakan dakwat kekal
Akses media bebas dan adil
Masa kempen minima 21 hari
Kukuhkan institusi awam
Hentikan rasuah
Hentian politik kotor



Tiada ulasan:

Catat Ulasan