Sabtu, 21 April 2012

Cara media gerombolan nak tutup lubang taik pemimpin Umno

Cuba baca berita di bawah betul-betul

8 Mei sebutan semula kes Hasbie -Utusan Malaysia


Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan semula kes Hasbie Satar, bekas setiausaha politik, yang menghadapi 28 tuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram.
Hakim Mohd. Fadhir Harun menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan yang diwakili peguam Y. Sheelan Samuagam.
Sheelan memohon satu tarikh sebutan singkat bagi membolehkan beliau merujuk kepada peguam utama kes itu, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mengenai penetapan tarikh perbicaraan.
Sheelan berkata, Muhammad Shafee kini berada di luar negara dan dijangka pulang ke tanah air akhir bulan ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Hazril Harun yang mewakili pendakwaan, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya telah menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan pagi ini. - BERNAMA
Pada 20 Mac lepas, Hasbie, 39, yang hadir di mahkamah memakai sut kelabu mengaku tidak bersalah terhadap 28 tuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan wang tunai berjumlah RM935,000 ke akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya.
Tertuduh didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di beberapa bank dan Tabung Haji di tiga lokasi iaitu Salak Tinggi, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya antara 4 Disember 2008 dan 18 Jun 2009.
Hasbie didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.
Tertuduh sedang dibicarakan atas satu lagi tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan RM2.134 juta di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang. - BERNAMA

Kenapa Utusan dan Bernama tak sebut nama Hasbie(gambar kiri) bekas setiausaha politik kepada siapa?Bukankah Hasbie bekas setiausaha politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop?(gambar kanan).Kenapa nak sembunyi nama pemimpin Umno daripada disebut?
Media Umno kalau kena atas batang hidung sendiri selagi boleh tutup, selagi boleh kambuih depa akan kambuih tapi kalau dah jadi macam Ketua Wanita Umno Shahrizat dah tak boleh nak buat apa baru depa sendiri galak letak jawatan.
Duit haram berjuta-juta takkan hanya setiausaha  politik saja yang didakwa.Adakah Hasbie jadi kambing hitam nak tutup lubang taik pemimpin Umno yang didakwa Tun Mahathir dah busuk hingga ke usus?Tapi yang peliknya Tun Mahathir sendiri suruh orang Melayu menyokong Umno yang dah macam taik untuk terus berkuasa.Tun mahu orang Melayu terus jadi hamba kepada Umno dijajah otak sampai mati.
Percayakah kita orang Melayu dengan dengan pemimpin Umno seperti Shafie Apdal yang didakwa ada skandal bagi duit kepada artis beratus ribu ringgit.Percayakah anda dengan Zahid Hamidi?Percayakah anda dengan Sharizat?Percayakah anda dengan Jamil Khir Bahrom yang didakwa guna duit zakat untuk kos guaman?Percayakah anda dengan PM Najib?Semua yang berada disekeliling Najib semuanya muka Melayu yang korup.Kata Datuk Ariff Sabri dalam blog beliau,"Biarlah lembu kekal dengan kelembuan nya, janganlah kita, manusia mahu  di lembukan!" Baca di sini.
Berkaitan ;
Dakwaan Hasbie gubah wang haram gamit tanda tanya Nor Yakcop-Penanginsight.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan