Selasa, 10 April 2012

Lagi kisah bom besar nak meletup: Bapa Altantuya dakwa kata Altantuya ada bergambar bersama Najib dan Razak Baginda


Shaariibu: Altantuya pernah tunjukkan gambar bersama Najib
Shaariibuu Setev mendakwa bahawa anaknya, Altantuya pernah menunjukkan gambarnya bersama Najib Razak dan Abdul Razak Baginda, sebelum Altantuya datang ke Malaysia.  Menurut Shaariibuu Setev, Altantuya menuding kepada Najib dalam gambar, sambil berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib, agar memutuskan sesuatu.
Shaariibuu Setev (gambar kiri, kiri) yakin bahawa dirinya mampu mengaitkan kes pembunuhan anak perempuannya dengan pembelian kapal selam, dan sudi menampilkan diri sebagai saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis.
"Seandainya mahkamah Perancis meminta saya menjadi saksi, saya sudi untuk hadir dan memberi keterangan saya di situ.  Apa yang penting, saya mendedahkan apa yang saya ketahui pada masa yang tepat," katanya dalam satu sidang media bersama Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel, di Petaling Jaya, tadi.
Shaariibuu Setev menambah, sebelum anak perempuannya datang ke Malaysia, beliau bertanyakan sebabnya.  Altantuya pada ketika itu menunjukkan satu gambar yang diambil bersama Najib dan Abdul Razak Baginda, malah mendakwa gambar itu diambil di Perancis.
Shaariibuu Setev menjelaskan, Altantuya pada ketika itu menuding kepada Najib dalam gambar, berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib agar memutuskan sesuatu.  "Saya beritahunya, tidak memadai untuk berbuat begitu, tetapi beliau (Altantuya) tetap untuk meneruskan (keputusannya)," kata Shaariibuu.

Shaariibuu Setev menambah, "Seandainya saya tahu dia (Altantuya) akan ditimpa malapetaka, saya akan menyimpan gambar tersebut.  Ramai saksi yang pernah nampak gambar tersebut."
Pada Julai 2008, Najib Razak yang pada ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, menafikan bahawa dirinya kenal dan pernah berjumpa dengan Altantuya Shaariibuu.  Najib berkata tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan Altantuya adalah pembohongan yang berniat jahat, dengan motif untuk mengalih pandangan rakyat.
Ketika ditanya wartawan, Shaariibuu berkata Altantuya sekadar memberitahu bahawa dirinya datang ke Malaysia untuk bertemu dengan "orang penting", tanpa menyebut bahawa dirinya datang berjumpa dengan Abdul Razak Baginda.  Shaariibuu mendakwa dirinya mengetahui bahawa kes pembunuhan anak perempuannya ada kaitan dengan pembelian kapal selam Perancis, dan sudi tampil sebagai saksi di mahkamah Perancis untuk membantu mengaitkan kedua-dua kes ini.  Shaariibuu berkata dirinya bakal mendedahkan lebih banyak butiran di mahkamah.-Gambar dan berita merdekareview.com/bm

Mungkin inilah yang dikatakan bom besar bakal meletup! Tah macammana tiba-tiba bapa Altantuya boleh datang Malaysia ketika bahang kehangatan pru13 semakin hampir.Adakah isu ini menyebabkan pru 13 tidak jadi diadakan pada Jun 2012?Isu Altantuya ini tenggelam timbul tapi tak pernah pupus ditelan zaman selagi siapa arahkan dua anggota polis UTK bunuh Altantuya dapat dibongkar.Kalau isu Port Dickson berjaya disembunyikan daripada pengetahuan rakyat apakah kali ini Najib akan tersungkur sebelum pru 13 diadakan?


Ramai orang bercakap kenapa PM Najib pangku jawatan menteri wanita yang diambil daripada 'towkey lembu' Shahrizat?Layakkah Najib jadi menteri wanita?


Baca juga;
Scorpene:Bapa Altantuya sedia jadi saksi di mahkamah Perancis-Keadilandaily.com
Bapa Altantuya bersua muka dengan Najib-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Time PRU hampir2 tiba ini macang2 latang .. tulu tarak timpul semua ini tp siikalang ha sikalang timpul semua ... dah tarak heranlah ... setakat bergambar sayapun ada bergambar dgn Hilary Clinton dan Izzah Anuar dan Azizah ...

    BalasPadam