Selasa, 10 April 2012

'Bom besar BN dah nak meletup, ini kali BN mesti koyak punya'

Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai buat 'gempar keling' kata Malaysia akan muflis dalam dua tahun jika PR berkuasa sebab mau hapuskan tol,hapuskan PTPTN dan bayar gaji minima yang tinggi.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala pernah kata Malaysia akan bangkrap pada tahun 2019 jika subsidi berterusan kepada rakyat.

Punya kelam kabut isu PTPTN sampai PM Najib tersilap kira jumlah pinjaman PTPTN yang berjumlah RM28 bilion dikiranya RM43 bilion! Najib cakap dah tak ketawan hala macam orang mabuk ubat sebab terlebih dos.Mungkin PM Najib jadi gabra sebab banyak fikir isu komisyen kapal selam yang sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.Kes Scorpene tu pulak dikatakan akan membongkar pembunuhan Altantuya.Mungkin juga PM Najib terkejut dengan kedatangan bapa Altantuya datang ke Malaysia untuk tagih pembelaan atas kematian anaknya yang mati di bom hingga berkecai di Puncakl Alam 6 tahun yang lalu.Sekarang ni bapa Altantuya datang Malaysia tak lama lagi anak Altantuya pulak datang Malaysia!Mampoih!

Bagi BN hanya mereka saja yang layak perintah negara ini, jika pembangkang berkuasa M'sia mereka sumpah jadi bangkrap sebab tolong rakyat!Selangor yang dikuasai PR hingga kini tak bangkrap hanya kerana bagi air percuma kepada rakyatnya sebanyak 20 meterpadu.Lebih kurang satu tangki lori petroleum setiap bulan.Malah aset kerajaan negeri Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion.Kata Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu, "Malaysia takkan bangkrap sebab tolong rakyat tapi Malaysia akan bangkrap sebab rasuah yang semakin buruk dilakukan pemimpin Umno-BN."

Seorang tawkey Cina yang buat bisnes kertas kitar semula (recycle paper) kata kat saya ,"Bom besar BN dah nak meletup.Ini kali election BN mesti koyak punya.Dia orang makan rasuah sampai kita rakyat tak boleh tahan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan