Selasa, 3 April 2012

Dah banyak kali jatuh longkang dan terbabas tapi Najib kata naik la kereta BN

Memandu dalam keadaan mabuk di jalanraya merupakan satu kesalahan dalam undang-undang jalanraya.Dalam Islam hukum minum arak adalah haram.Ini jelas tapi kalau Menteri Agama Jamil Khir Baharom kata kalau menari tiang benda remeh temeh dan jangan persoalkan denda RM25 kerana menari tiang dalam keadaan ghairah hang pa nak kata apa.Apa nak diharap kepada Umno kalau bercakap soal hukum Islam?Mesti punya akan dipertikaikan.Tu yang belajar agama cakap lagu tu apa nak heran kalau Tun Madey kata hudud tak ada dalam Al-Quran.Depa semua satu spesis yang suka cakap merapu pasal Islam walaupun jaga hal ehwal Islam.

Dulu ustazah Umno Dr Mashitah pernah kata melacur boleh kalau darurat.Jadi tak rasa heranla kalau Jamil Khir Baharom nak bela anak gadis Islam jadi penari tiang.Bala nak mai bukan kira sapa kalau Allah SWT nak bagi.Macam di Acheh semasa Stunami tahun 2004 la .Dikatakan sebelum kejadian Stunami landa Acheh sekelompok umat Islam Acheh buat pesta maksiat di kawasan perkuburan makam para ulama yang banyak berjasa di Acheh.Walaupun dilarang mereka teruskan juga pesta maksiat tersebut akhirnya Tsunami telah ragut nyawa ratusan ribu umat Islam di Acheh tanpa kira siapa mereka.Tua, muda, anak kecil , wanita semua mati bergelempangan.Ini bala bukan sekadar bencana alam.

Ok la..sebenarnya saya nak sebut pasal PM Najib kata Jangan tukar 'pemandu' di tengah-tengah jalan (Malaysiakini) ;
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara memerlukan "pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat."

"Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya," katanya.  

Perdana menteri mengingat demikian semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri malam ini. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran RTM1
.


Bagi Umno semua boleh kalau dia bawa kita.Mana ada pemimpin Umno yang kata depa besa buat salah?Kadir Sheikh fadzir cakap pasal beli undi dalam pilihanraya disuruh keluar Umno dan akhirnya dia pun keluar Umno.Cakap benda betul kalau duduk dalam Umno memang tak selamat.


Betulka tak boleh tukar pemandu tengah jalan?Mau ka kita naik dan rasa selamat kalau pemandu sedia ada kaki mabuk, kaki rasuah, kaki rompak wang rakyat, perabih duit rakyat untuk bela lembu RM250 juta sesuka hati?


Dah banyak kali dan beratus kali kereta yang dipandu Umno-BN bawa duit rakyat masuk lubuk kroni.Mas rugi, proton rugi, TNB rugi semua rugi takkan tak sedar-sedar lagi kata kita dah tak selamat di bawah Umno-BN.Semua nak jual, semua diswastakan , kroni untung malah hutang kroni Tajuddin Ramli RM584 juta dilupuskan!Yang selamat bersama Umno hanyalah puak dan kroni kita rakyat kena tipu hidup-hidup sebab bertongkatkan Umno.Yang duduk dalam Umno lari tinggalkan kereta yang dipandu Umno takkan kita nak lagi kereta yang dipandu Umno-BN.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan