Rabu, 18 April 2012

Tangkap ikan naga bayar RM20,000, mahasiswa demo Bersih 2.0 jadi mangsa

Tawaran ganjaran RM20,000 tangkap ikan naga di Tasik Kenyir-Meloya


Kerajaan negeri meningkatkan habuan wang tunai menjadi RM20,000 kepada kaki pancing yang berjaya menangkap ikan naga yang dipercayai hidup di Tasik Kenyir.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tawaran
itu merupakan perhatian serius kerajaan negeri kerana kehadiran ikan itu boleh menyebabkan spesies ikan lain di Tasik Kenyir pupus.
Katanya, tawaran itu dibuat berikutan ganjaran RM10,000 sejak tahun 2009 itu gagal menarik ramai pemancing untuk memburu ikan itu.
“Jika usaha menangkap dilakukan sekarang tidak berhasil, kita bercadang menaikkan ganjaran. Ini bukan usaha main-main. Yang penting ikan itu dapat ditangkap hidup-hidup,” katanya kepada pemberita di Wiswa Darul Iman, di sini hari ini. - UTUSAN

'Demo khemah' di Terengganu pula-m'kini

Sekumpulan mahasiswa dan NGO tempatan hari ini mengadakan perhimpunan membantah keputusan kerajaan Terengganu menarik balik pinjaman kepada mahasiswa tajaan negeri itu yang kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONEPerhimpunan yang disertai aktivis Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) itu bertujuan menuntut supaya pinjaman pelajaran diberikan semula kepada mahasiswa terbabit.

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam bermula jam 2 petang tadi di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu yang menempatkan pejabat kerajaan negeri.-m'kini.

Bapa naga pulak bagi duit kepada artis RM100,000 sekali jumpa!Pemimpin Umno-Bn semua dah gila.Gila betina, gila harta, gila kuasa,gila jual negara bagi mykad kepada pendatang asing.Kalau hilang kuasa bertambah-tambah depa punya gila.Bukan takat menteri jadi gila malah anak depa tumpang jadi gila! Gila tumbuk dan pukul orang tapi tak didakwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan