Selasa, 24 April 2012

Seronok tibai Melayu bagi IC kepada warga asing negara tergadai didiamkan

Senarai task force IC ke Mohor Besar Raja-Raja-Harakahdaily
Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) hari ini menyerahkan semua bukti berhubung dakwaan wujudnya task force pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk tujuan mengundi pada pilihan raya kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Penyerahan itu diketuai pengerusinya Datuk Mahfuz Omar dan diterima Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Jalan Bukit Petaling di sini. 

Selain nama-nama mereka yang menganggotai task force itu, turut diserahkan hari ini sebahagian daripada 175,388 nama pemilih di seluruh negara yang tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Turut dilampirkan juga sebanyak 17,000 nama yang mempunyai nombor kod kelahiran 71 yang bukan berbangsa Melayu, Cina mahupun India.

Selain itu sejumlah nama yang ada dalam daftar pemilih yang didakwa terdiri daripada warga Nepal, Myanmar dan Filipina turut diserahkan.

Menurut Mahfuz, dengan penyerahan bukti-bukti itu, Majlis Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Agong diharap berkenan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu.

Turut serta dalam penyerahan dan pertemuan itu adalah pimpinan serta ahli parlimen PAS termasuk Salahudin Ayub, Datuk Kamaruddin Jaffar, Dr Siti Mariah Mahmud, Mohd Firdaus Jaafar, Adram Musa serta dua orang peguam yang menganggotai jawatankuasa API.

Untuk rekod, API ditubuhkan PAS bagi menangani isu pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka menjadi pengundi pada Pilihan raya Umum ke-13.

API telah  menyaring maklumat peribadi warga asing yang diberikan Mykad itu, yang didakwa beroperasi di Jabatan Perdana Menteri.

API turut dianggotai ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Exco Pemuda PAS, Suhaizan Kayat dan Adram Musa serta peguam Zul Hazmi Shariff serta beberapa peguam lain.-Harakahdaily


Puak gerombolan seronok tibai sesama Melayu, satu bangsa dan satu agama.Apa mereka lakukan apabila projek IC ini terbongkar?Mereka tidak sedar tak lama lagi telor mereka turut digadai!Kalau dakwaan ini tidak benar mengapa tidak ada NGO Melayu buat repot polis saman Mahfuz?Mengapa Umno diam?Adakah Umno mahu menang pru tapi semua kena gadai?


Kita tunggu apakah akan ditubuh surahanjaya di raja untuk siasat dakwaan API.Jangan biarkan raja Bangla, raja Nepal perintah kita sikit masa lagi jika perkara ini didiamkan.Mahukah raja-raja Melayu tengok negara ini ada bangsa asing jadi raja di negara ini?Maukah kuasa politik negara kita dimonopoli warga asing?


Kita telah melihat begitu ramai warga asing berniaga di Chow Kit tanpa sebarang tindakan yang agresif tapi DBKL cepat bertindak halau mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka tuntut pendidikan percuma.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan