Jumaat, 27 April 2012

Pengerusi SPR kalau pelupa dan nyanyuk eloklah letak jawatan

Semua pakat buat lawak bodoh.Semua nak pelepas diri.DBKL buat lawak bodoh dengan tutup Dataran Merdeka tak bagi rakyat berhimpun Bersih 3.0.Besar mana sangat luas Dataran Merdeka?Semua main undang-undang untuk sekat rakyat duduk bantah di Dataran Merdeka.Macam mana yang duduk tepi Dataran Merdeka adakah mereka boleh didakwa?

Depa tendang suara rakyat macam tendang bola.DBKL kepada Polis, Polis sepak lagi bawa kepada Menteri Dalam Negeri.Menteri Dalam Negeri gelecek celah kangkang Najib terus bawa balik kepada DBKL.Tendangan DBKL melambung tinggi dan akhirnya dapat semula kepada polis!Akhirnya rakyat jadi mangsa.

Dah la buat lawak bodoh Pengerusi SPR dan Timbalan Pengerusi SPR yang jadi ahli Umno buat-buat tak ingat pulak bila depa jadi ahli Umno hahaha..Tak ingat ka nyanyuk?Atau tak nyanyuk buat-buat nyanyuk?Adakah Pengerusi SPR dan Timbalannya mamai atau bercakap dalam tidur kepada rakyat?Adakah pegawai SPR ni bohong sunat ?Haha .Ingat rakyat ni apa ?Kayu ka?

Kalau semua main kira tak ingat macammana dengan isu pendatang asing dapat IC untuk mengundi dalam pru 13?Macammana nak selesai kalau semua main kira tak ingat?

Sah! Pengerusi SPR, Timbalan ahli Umno cawangan Ampang Baru, Kubang Bunggor-Keadilandaily.com

(Oleh Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 27 April: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengotakan janjinya mendedahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Omar adalah ahli Umno.
Dalam kenyataannya, Saifuddin menjelaskan nombor keahlian Abdul Aziz ialah 113804 dan berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor.
Manakala nombor keahlian Umno bagi Wan Ahmad pula ialah 2374564 dan beliau berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.
“KEADILAN memandang serius keterlibatan Pengerusi SPR dan Timbalannya yang sah menjadi ahli Umno sementara masih memegang jawatan di dalam suruhanjaya itu.
“KEADILAN berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang sebagai anggota SPR,” katanya.
Saifuddin menegaskan, seseorang yang menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan ‘non-partisan’.
“Ternyata Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno sepertimana maklumat yang kami dedahkan ini.
“Kita berpendapat jalan terbaik untuk mereka mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan SPR pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke 13 ialah segera meletak jawatan,” tegasnya.
Akhbar Sinar Harian hari ini pula mendedahkan kedua-dua pemimpin SPR itu mengakui mereka ialah ahli Umno, namun memberi alasan ‘lupa’ dan tidak tahu mendaftar di cawangan mana.
Berkaitan;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan