Sabtu, 7 April 2012

Pulus sheikh pulus..Tunggu jadi negara maju baru elaun guru agama naik, kata Pm Najib

Semalam PM Najib kata dalam siaran berita lebih kurang begini sewaktu berucap depan imam, AJK Masjid, guru agama dan KAFA dalam Wilayah Persekutuan, "Jika Malaysia jadi negara maju masa tu elaun tuan-tuan bukan RM600-RM700 lagi tapi sudah tentu lebih daripada itu."

Saya cari dalam Utusan online dan Berita harian online tapi tak jumpa.Yang ada dalam Berita harian online begini kata Najib,"Apabila kita capai tahap negara maju, golongan agama pun akan maju dan membolehkan kerajaan menyalurkan peruntukan lebih tinggi untuk terus memperkasakan serta memartabatkan agenda Islam," katanya pada majlis Perhimpunan Perdana Warga Agama dan Kariah Wilayah Persekutuan di sini, semalam.Baca di sini.


Kenapa tunggu jadi negara maju untuk naikkan gaji dan elaun golongan mengajar agama?Adakah ini bukan umpan Najib untuk Umno-Bn hadapi pru 13?Kalau pesara polis dan askar dinaikkan elaun pencen tak payah tunggu Malaysia jadi negara maju pulak.Harus diingat isu Mat Indera yang dibawa Timbalan Presiden Pas jadi salah satu sebab elaun pesara polis dan askar naik!


Pihak kerajaan naikkan gaji guru biasa, kakitangan kerajaan dan perkhidmatan awam tapi bila nak naik gaji dan elaun guru agama kena tunggu M'sia jadi negara maju haha.Siapa nak menipu siapa?Puak-puak agama ni pulak bila dengar Najib kata nak naik elaun setelah M'sia jadi negara maju pakat tepuk tangan ..masyuuuuuk!Tunggu la buah durian tak luruh-luruh.Pulus sheikh pulus..jangan ingat duit ja woooii  ingat sama negara  kita dah nak kena jual bila ada dakwaan warga asing diberi MyKad supaya boleh mengundi dalam pru 13!


Sebenarnya M'sia tak payah digelar negara maju pun gaji dan elaun guru agama boleh dinaikkan kerana keuntungan berpuluh bilion ringgit Petronas setiap tahun dah boleh naikkan gaji dan elaun guru agama.Sampai bila orang Melayu dan belajar agama nak kena tipu dengan Umno?Untung bawah meja jual beli kapal selam Scorpene yang didakwa masuk kocek cecah RM144 juta juga dah cukup untuk naikkan gaji dan elaun guru agama.Tak nampak lagi ka, kata semua ucapan yang manis-manis ni hanya tanam tebu atas bibir?Jangan  layan  golongan agama ni dok dalam kasta paling rendah, lapar duit sangat,harap dan mengharap janji yang ditabur.


Beli cincin RM24 juta, pakai beg mewah jenama Birkin ratus ribu tak payah tunggu M'sia jadi negara maju!Berapa ratus juta dana untuk Permata tak payah tunggu M'sia jadi negara maju.Buka la  minda sikit ostaz oiiii!


Kini PM Najib yang kerapa buat pengumuman untuk bantu sana-sini dah digelar 'Bapa Pengumuman'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan