Sabtu, 21 April 2012
Video terkini DEMO PRA BERSIH 3.0 Dari Dataran Shah Alam
PRU 13 adalah yang terkotor sebab SPR dah jadi Suruhanjaya Penipu Rakyat jadi barua BN.
Tiada pemerhati dan ejen calon jadi PRU 13 terkotor-harakahdaily
Berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 diluluskan pada petang semalam di Dewan Rakyat, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, rakyat Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah Malaysia apabila RUU tersebut dikuatkuasakan sebagai satu akta nanti dan pelaksanaannya terpakai semasa Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13).
Memandangkan PRU-13 kian menghampiri, Dewan Rakyat semalam pada hari terakhirnya pula tergesa-gesa meluluskan sebanyak 8 rang undang-undang sampai ke saat terakhir majlis dewan ditutup tirainya.
Antaranya termasuklah RUU Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang menggandungi pindaan tertentu yang penuh dengan pertikaian dan mampu mengubah wajah proses PRU-13.
Pindaan yang paling signifikan dan harus diberi perhatian sepenuhnya adalah berkenaan dengan subseksyen 26A(2) dan (3) di bawah Barung hendaklah diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, di mana kehadiran pemerhati di barung adalah tidak lagi dibenarkan.
Pindaan yang membatalkan kehadiran pemerhati dalam barung bercanggah dengan prinsip demokrasi yang bersifat partisipasi dan bakal mencorakkan proses pilihan raya yang memihak kepada rejim pemerintah.
Seperti yang turut dinyatakan dalam pindaan subseksyen yang dinyatakan di atas, alasannya bagi meniadakan peruntukan bagi membenarkan kehadiran pemerhati adalah bagi menangani kesesakan dan kesukaran yang timbul semasa petugas pilihan raya melaksanakan tugas mereka.
Alasan ini adalah amat tidak munasabah. Sekiranya kesulitan sedemikian timbul dalam proses mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya mengkaji semula mekanismenya kerana kesulitan sedemikian sesungguhnya merupakan masalah teknikal yang boleh diatasi melalui penambahbaikan prosedur dan bukannya dengan menolak kehadiran pemerhati yang jelas bercanggah dengan aspirasi rakyat terbanyak apabila konteks tuntutan dan gerakan Bersih diambil kira.
Di samping itu, pindaan Seksyen 14(1A) yang bertujuan membenarkan mana-mana ejen tempat mengundi (ETM) atau ejen mengira undi (EMU) bagi seseorang calon untuk bertugas di tempat mengundi hanya pada waktu yang ditetapkan SPR atas alasan bagi mengelakkan kesesakan kelihatan tidak adil kepada mana-mana calon, terutamanya calon bebas dan calon parti oposisi.
Kehadiran ejen-ejen bertugas tersebut adalah penting dalam menyemak dan mengimbang segala proses mengundi pada hari pengundian bagi memastikan keadilan proses pilihan raya. Baca semua di sini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan