Saya teringat dalam satu ceramah Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu yang cerita perangai penyokong tegar Umno yang dah lanjut usia.Apabila ditanya ,"Pak Cik Balai Polis tu sapa buat?" Lalu jawab penyokong tua Umno tu dengan suara yang dalam,"Umnoooooo!".Tanya lagi, "Sekolah sapa buat?".Jawab lagi orang tua Umno tu,"Umnooooo!" Semua Umno buat termasuklah daripada hujung kaki sampai hujung rambut segala pembangunan yang ada di Malaysia.
Ini pemikiran yang ditanam oleh pemimpin Umno supaya orang Melayu sampai bila pun jadi hamba abdi Umno.Hidup kita ni jangan taksub kepada mana-mana pemimpin tambah-tambah kepada Umno yang jadi thaghut kepada Allah SWT.Tak guna belajar tinggi-tinggi kalau otak kita kena rantai dan belenggu dengan ajaran kebendaan yang dibawa Umno.Terima apa saja yang dibawa Umno, ada pendidikan tapi bila buka mulut semua ayat sampah sarap yang keluar.
Jadi tak hairan sangatlah kalau stesen Keretapi Tanah Melayu Umno nak tempek bendera kati daripada Perlis sampai ke Kelantan.Ini idea pemimpin Umno yang ada title IR iaitu Datuk Seri IR Mohamad Zin koordinator BN yang juga bekas Menteri Kerjaraya.Mungkin Umno dah kering modal sampai stesen komuter nak pasang bendera kati.Lepas tu suruh polis bantuan jadi barua untuk jaga keselamatan bendera BN takut kena sabotaj kononnya.Polis bantuan tu makan gaji dengan Umno atau duit rakyat?
Dalam pada tu tengok-tengok muncul pelajar universiti yang sokong PTPTN yang sanggup jadi pencacai Umno pertahankan supaya pinjaman PTPTN tak dihapuskan.Alasan yang diberikan kalau PTPTN dihapuskan maka pensyarah universiti jadi malas bekerja dan buat kerja sambil lewa.Kata dua tiga kerat lagi yang bergelar mahasiswa tu sekolah menengah dan rendah dah percuma jadi masuk U kena la ada PTPTN.(Berita dalam astro awani petang tadi)Kata kawan saya hujah macam tu macam sampah , setan pon tak hujah macam depa untuk merasuk kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan