Jumaat, 20 April 2012

'54 tahun dijajah Umno tidak lahir pun seorang jutawan Melayu, yang ada jutawan Umno'

Tadi sewaktu saya singgah di kompleks PKNS Shah Alam bersembang dengan dua orang Melayu golongan yang berpendidikan di seberang laut.Dia kata kat saya macam-macam mengenai orang Melayu yang masih bertongkatkan Umno.Cara mana Umno-BN kaut keuntungan, monopoli peluang perniagaan yang diUmnokan dan isu kenaikan harga barang yang semakin melampau.

Kata beliau kepada saya , "Sejak merdeka hingga sekarang tidak ada seorang pun jutawan Melayu yang berjaya dilahirkan, yang ada cuma jutawan politik Umno yang kayakan kroni mereka.Yang kaya raya semua kaum kerabat Umno termasuk kerabat di raja yang buka syarikat untuk dapat tender besar kerajaan.

Pemerintah pulak dengan rakyat kalau boleh nak hisap darah rakyat dengan kenakan macam-macam cukai setiap barang yang kita guna.Pemerintah seolah-olah perintah negara macam komunis semua rakyat tanggung daripada kaki sampai kepala.Sebagai contoh kita beli sebuah kereta proton baru Preeve yang paling murah harga yang diluluskan kerajaan RM50.689.83.Belum kira excise duty RM500 dan cukai jualan RM4074.17 Lepas tu sapu lagi cukai jalan RM90.00.Lepas tu sapu lagi insuran RM1731.00.Gedebuk gedebak jadi atas jalan harga RM59,540. Tu baru satu jenis benda yang kita guna.Belum kira makan di restoran makanan segera, beli alat ganti kenderaan yang semuanya dicukaikan."

Jadi Umno-BN tak payahlah nak dabik dada kata kena terimakasih kepada Umno yang satu sen pun tak keluar duit poket tolong rakyat!Rakyat yang tanggung pemerintah yang berkuasa bukan pemerintah yang tanggung rakyat.Hasil negara boleh kayakan negara ini supaya rakyat hidup senang tapi bukan takat kuah rakyat tak dapat nak tengok keuntungan Petronas ke mana dibelanjakan setiap tahun pun tak dapat.

Kata beliau lagi sewaktu belajar di Amerika Syarikat dulu bila dah habis dua tahun kemudian beliau datang lagi namun harga ayam tetap sama.Sebab apa?Kata beliau sebab ayam jadi makanan rakyat.Tak boleh naik harga ikut suka.Negara kita semakin dikawal harga ayam semakin naik bukan makin turun.Dulu kilang gula masa di tangan Robert Kuok tak naik tapi bila Melayu Umnoputera ambik alih harga gula naik dua kali.Jadi siapa yang hisap darah rakyat?Lepas tu menteri bodoh berkaitan suruh rakyat kurang makan gula .

Kenapa orang Melayu tak sedar-sedar kata mereka dijadikan hamba supaya Umno terus pegang kuasa supaya kroni mereka kaya sampai kiamat?Apa orang Melayu dapat sokong Umno sejak merdeka hingga sekarang?Depa hanya dapat bendera kati dan batang bendera percuma untuk di pasang di rumah-rumah flat yang uzur diduduki orang Melayu macam dalam gambar di bawah di seksyen 16, Shah Alam.Saya tak hina depa duduk rumah flat yang dah uzur tapi mentaliti depa , fikiran depa masih kena jajah dengan Umno uzur macam rumah yang depa duduk.Mereka tak sedar Umno sedang menghambat sisa-sisa kuasa yang depa ada supaya anak cucu mereka, kaum kerabat mereka jika Umno hilang kuasa masih boleh hidup kaya raya.

Akhir sekali beliau kata kat saya negeri Selangor yang jadi negeri idaman Umno dalam pru 13 akan datang tidak mustahil dapat kepada BN kerana BN memang pakar dalam bab menipu dalam pilihanraya!

6 ulasan:

  1. Misai Merah dangkal dalam membuat tafsiran.

    BalasPadam
  2. Tanpa nama di atas dangkal dalam membuat pemahaman artikel di atas. Banyak makan daging lembu fidlot kot? kah kah kah.....

    BalasPadam
  3. tanpa nama 0359 adalah pengampu... sebabtu la tak tau jerit perih rakyat yang membayar cukai....

    BalasPadam
  4. Jangan marah, tapi kesian. Ramai juga pengampu jerit sana jerit sini tapi x dpt ape..mereka ini pengampu yg ikhlas..biar org atasan ngauk harta tapi dia ttp ikhlas mngampu dgn slogan HIDUP MELAYU..jenis ini alat yg brguna hanya bila ada pemilihan / pilihanraya..Kesian.

    BalasPadam
  5. Sejak mata dajal memerintah,sy wakil penduduk sek 16 tertipu ngn sikap mata dajal, sudahla kawasan perumahan di diami oleh warga bangladesh, myamar, kemboja n indonesia, apa flat sek 16 2 untuk penduduk warga asing ker? nampak sangat, menteri selangor tido memanjang, yela dut warga asingkan duit poket mata dajal sudah tentu sampai sekarang semakin ramai pendatang asing, dah la keadaan persekitaran flat semakin kotor dengan air ludah d setiap tangga...sungguh memalukan....

    BalasPadam
  6. ada juga rumah walaupun uzur, tapi x fikir ker dulu mak bapak korang susah n bukan dari golongan dilahirkan milionair ker? dh tentu susah...nk cakap kena tengok zaman silam anda? Dulu x ramai warga asing sekarang sejak mata dajjal memerintah flat sek 16 dah macam perumahan warga asing...itu yg mata dajjal nak, agpun anak2 zaman sekarang mana la tahu erti kemerdekaan...berbanding anak2 zaman dahulu, sebab 2 pemikiran anak2 zaman sekarang semakin cetek walaupun belajar tinggi gunung everest sb 2 ramai yang tewas dalam bab kehidupan.Berpuluh tahun arwah bapa menginap d flat tersebut, tidak pernah dalam hati rasa takut nak keluar waktu malam tapi kini waktu siang rumah dah kena kunci sb takut pendatang asing merompak, so nie kerja siapa bukan ker geng mata dajjal ?

    BalasPadam