"Serangan itu dilakukan sekumpulan 30 hingga 40 orang yang berumur lingkungan 20 dan 30-an yang memakai baju hitam," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.
Mohmad berkata dalam kejadian itu seorang ahli perniagaan berumur 40 tahun cedera di mata dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, namun polis masih belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa adalah penyerang atau peserta.
"Setakat ini polis telah menerima enam laporan daripada pegawai polis, pegawai DBKL serta seorang mangsa yang cedera. Polis masih tidak dapat mengesan punca mereka diserang dan kita akan merakam keterangan mangsa serta lelaki yang ditahan itu untuk siasatan lanjut," katanya.Baca semua di sini.
Ha ha kumpulan samseng ni memang hebat sampai polis pun boleh dicederakan.Kata chegubard dalam twitternya @chegubard ,"Hebat gengster Malaysia polis pun cedera.Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno nafi tapi SAMM pertahankan kenyataan gangster yang serang Dataran ada kaitan dengan Umno..telah serah semua pada polis tapi tak ada tindakan.Polis juga cedera dan tersepit, ada maklumat tapi tak boleh ambil tindakan kerana gangster ini dilindungi,boleh buat majlis dengan @Najib Razak."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan