Khamis, 5 April 2012

Malaysia akan bangkrap bermula di Kuala Nerang jika Umno terus berkuasa?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala pernah meramalkan Malaysia akan bangkrap atau muflis dan jadi macam Greece beberapa tahun lagi.Ramalan itu telah menimbulkan pro dan kontra di kalangan pakar ekonomi dan ahli politik.Bagi Umno kalau PR buat negara berkebajikan Malaysia akan jadi bangkrap.Tolong rakyat Umno kata bangkrap tapi kalau pinjam duit untuk buat pelaburan yang merugikan tak bangkrap ka?

Nasib Tajuddin Ramli bekas pengerusi MAS tak sama macam adun Kuala Nerang di Kedah (Umno-Bn) Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang istiharkan dirinya bangkrap kerana tak mampu bayar hutang bank RM8 juta.Tajuddin Ramli yang berhutang RM589 juta dengan pengurusan Danaharta Nasional Bhd senang-senang saja dilupuskan!Satu sen tak payah bayar.Tajuddin hutang beratus juta diselamatkan Umno-BN tapi Datuk Syed Sobri yang berhutang RM8 juta tidak diselamatkan Umno-Bn mungkin kerana Syed Sobri dah tak ada nilai kepada Umno dah jadi sampah dah.Ada tak menambah pergi pun tak berkurang.Kerana apa Umno-Bn selamatkan Tajuddin Ramli?Mungkin ada rahsia besar yang disimpan Tajuddin Ramli sebab itu Umno-Bn selamatkan beliau.

Maka berkatalah Umno Kedah yang diketuai Datuk Ahmad  Bashah Md Hanifah yang dok gila nak jadi MB Kedah simpati akan nasib adun Kuala Nerang.Kalau simpati bayarla hutang Syed Sobri macam BN selamatkan Tajuddin Ramli haha.Takat kesian kucing pun kesian kat anak dia.

Adun Kuala Nerang tu sebelumnya pinjam duit bank sampai RM50 juta pada tahun 1988 senang-senang ja bank bagi pinjam.Kita rakyat nak buat loan bank untuk beli rumah macam-macam dokumen bank mintak.Ada sampai yang keluar bank masuk bank berkali-kali minta sedekah supaya bank luluskan pinjaman beli rumah. Bank takut nak bagi pinjam beli rumah RM100 ribu lebih ja tapi amat ketat syaratnya.Tapi kalau puak kroni Umno yang pinjam duit Bank Bumiputera yang dah lenyap tu depa bayarka?Cuba kita ingat balik siapa yang lingkupkan Bank Bumiputera kalau bukan puak gerombolan.Tu pun Umno tak segan-segan dok nyanyi 'Hidup Melayu' kepada orang kampung yang buta IT supaya terus sokong Umno.

Mungkin apa yang Idris Jala kata Malaysia akan bangkrap jadi kenyataan jika Umno-BN terus berkuasa di Putrajaya!Syarikat GLC kerajaan semua rugi tak ada yang untung tu pun bukan main lagi cakap pasal transformasi bahasa yang tak difahami orang kampung.Sampai bila orang Melayu nak kena tipu dengan Umno ni?Seronok dapat duit RM500 tapi kalau negara tergadai buat apa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan