Shahrizat gesa tindakan tegas terhadap pada pemimpin hina raja
Wanita Umno hari ini menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa mempersendakan raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara baru-baru ini.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mewakili pergerakan itu membantah penghinaan terhadap raja-raja Melayu itu, berkata ia merupakan satu tindakan yang amat biadap dan jelas menunjukkan pemimpin pembangkang mempunyai jati diri yang sangat rendah sebagai rakyat Malaysia.
Shahrizat dalam satu kenyataan berkata mereka tidak menghormati kedudukan raja-raja Melayu seperti dinyatakan dalam Rukun Negara yang menjadi ikrar pegangan rakyat dan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia.
"Kami ahli Wanita Umno selaku ibu dan pemimpin yang memperjuangkan kedaulatan bangsa dan agama amat kesal dengan isu penghinaan Raja-raja Melayu ini dan mendesak pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap yang terlibat atas keterlanjuran mereka menghina kedaulatan dan kedudukan Raja-raja yang menjadi tunggak kesepaduan rakyat Malaysia," katanya.- Bernama
Bagi balik dulu wang rakyat lembu NFC RM250 juta baru cakap pasal bangsa, maruah dan agama.Kalau tidak sila kencing dalam tempurung bulu suluh muka sendiri.Berapa banyak wang lembu duit rakyat dihabiskan beli kondo mewah di Bangsar dan Singapura?Rakyat tak lupa semua ni.Jangan buat-buat lupa.Jerat tak pernah lupa babi tapi babi yang lupa jerat.Jangan nak kalih isu..
Kenapa Umno tak jawab isu bagi MyKad kepada warga asing untuk mengundi dalam pru 13.Kenapa diam.Siapa jual maruah negara , jual negara dengan harga yang cukup murah?
Baca juga;
Nasrudin:Kaitkan kes hina raja Umno-Bn tandus isu-Selangorku.com
Kes Umno Tg Karang jual tanah akan ke SPRM-Selangorku.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan