Isnin, 9 April 2012

Pilihanraya masjid di Shah Alam:Golongan imarahkan masjid sapu bersih

Di Selangor ketika ini berlangsung pemilihan pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid bagi penggal 2012-2015.Di Shah Alam boleh dikatakan semua masjid calon-calon yang bertanding banyak yang menang tanpa bertanding bagi jawatan nazir, setiausaha dan bendahari.Jawatan ajk masjid yang nampak banyak pertandingan.Namun calon-calon yang menang adalah terdiri daripada mereka yang digelar kaki masjid, imarahkan masjid dengan majlis ilmu.

Walaupun ada kes tak puas hati daripada puak yang bencikan majlis ilmu sebab calon mereka kalah namun itu hanya kes terpencil saja.Di Kajang sampai ada nazir masjid kena tumbuk akibat tak puas hati dengan sistem pilihanraya yang digunakan untuk pilih pegawai masjid.Ni kerja puak jahil.Mereka bukan takat tunjuk samseng tempat ceramah tapi rumah Allah SWT pun sanggup buat kerja gila.

Ahli kariah nampak lebih bijak boleh nilai sendiri calon mana yang betul-betul boleh jalankan tugas bukan pilih mereka daripada kalangan yang hanya mahu jawatan tapi solat jamaah di masjid pun tak pernah nampak muka.Hanya muncul bila ada pertandingan jawatan di masjid.Hanya muncul bila ada kematian sanak saudara.Hanya muncul bila ada solat hariraya.Hanya muncul bila nak buat kenduri arwah.Orang macam ni memang tak layak dipilih pegang jawatan di masjid.

Jika dilihat masjid-masjid sekitar Shah Alam seperti di seksyen 18, Seksyen 25, seksyen 24 semua mereka yang dipilih adalah daripada mereka yang selalu hadir di masjid.Mereka cintakan majlis ilmu bukan kaki halang tazkirah dan jadikan masjid hanya hidup di malam Jumaat untuk baca surah Yaasin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan