Jumaat, 20 April 2012

Najib dan Zahid Hamidi sila tarik nafas panjang-panjang..jangan takut



Hakim Peranci terima saksi Suaram-Malaysiakini
NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia pada 2002.


Pengarah Suaram Kua Kia Soon, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis).

Peguam Perancis William Bourdon and Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram.

Ketika dihubungi, Gabriel berkata, pasukan meeka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire - satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu - yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapat dakwaan sogokan itu.


Katanya, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Gabriel berkata, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

"Kami beritahu mereka, kami failkan kes ini kerana Parlimen Malaysia gagal memberikan jawapan yang kami mahu berhubung pembelian kapal selam," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

"Kami juga menyebut bahawa kami tidak dapat mencari jawapan berhubung pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan kami," tegasnya.-malaysiakini


Hingga kini PM Najib masih diam membisu atas dakwaan pembabitan beliau dalam komisen kapal selam Scorpene.Untung sabut timbul untung batu tenggelam.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua.Di atas dunia ni ada banyak mahkamah tapi di padang mahsyar kelak hanya ada mahkamah Allah SWT saja.Tak boleh jolok kepada hakim, tak boleh nak deal untuk lepaskan diri, sebesar biji sawi Allah SWT ambik kira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan