Sabtu, 25 Februari 2012

Menjelang pru 13 Tun Mahathir berada di depan Najib terpelanting

Banyak isu mutakhir ini  Tun Mahathir berada di depan untuk jawab isu penting negara hinggalah masalah baiah dalam Pas Tun Madey nak campur tangan.Nampak macam Najib dah terpelanting ke tepi macam tak berfungsi  sebagai PM Malaysia.

Tun Mahathir yang pernah desak Najib jangan buat pru 13 dalam masa terdekat jika Umno-Bn tidak mahu kecundang semakin bimbang Umno-BN kalah dan hilang Putrajaya.Apa yang dibimbangi Tun Mahathir sebenarnya?Apakah demi periuk nasi gerombolan Umno-BN maka Tun begitu lincah dan tak senang duduk jika Umno-BN hilang kuasa di Putrajaya.Tun Mahathir nampak dalam keadaan ketakutan.Berdiri tak kena duduk tak kena , makan pun tak lalu mandi pun tak terasa basah.Semua isu Tun nak kena pulun jawab.Pulun Tun pulun sebelum Umno-Bn hilang kuasa.

Ini menggambarkan bahawa peranan Najib sebagai PM tak dipercayai Tun Mahathir lagi untuk bawa Umno-Bn terus berkuasa.Semua gerak saraf , denyut jantungUmno-Bn dibayangi Tun Mahathir .Apa sudah jadi dengan Najib dan Timbalannya yang hanya kini sibuk tabur duit BR1M kepada rakyat menjelang pru13?

Teringat saya akan saat-saat kejatuhan regim Mubarak di Mesir tahun lalu buat segala pembaharuan ekonomi dan pentadbiran tapi akhirnya masa dan ajal kerajaan Mubarak dah sampai ahirnya tumbang menyembah bumi.Mubarak kini sedang didakwa di negaranya sendiri atas segala kezaliman yang dilakukannya semasa berkuasa dulu.Maut dah sampai dihalkum macammana nak selamat lagi?

Kini Tun jadi PM bayang-bayang dalam kerajaan PM Najib.Adakah Tun mau jadi PM sebenar sekali lagi sama macam Sultan Kedah dapat jadi Yang Di Pertuan Agong sebanyak dua kali? ha ha

Berkaitan;
Tun Mahathir:Undi sesiapa saja calon BN-sinar harian online
Tun Mahathir: Pemimpin harus jaga kepentingan pengikut, bukan kehendak peribadi-M'insider
Mahathir pertahan pelaksanaan DEB-M'insider
Dr Mahathir pertahan langkah selamatkan MAS-M'kini
Kit Siang:Tiba masa audit penuh kerugian Mahathir-M'kini

5 ulasan:

  1. Tun dh gelabah puyuh....mesti takut la sbb segala penyelewengan akan dibongkar jika PR tawan Putrajaya...YB UBN yg bermasalah jgn cta la..semua dh kecut teloq...hahahahaha

    BalasPadam
  2. Tun akan lari tak cukup tanah, lubang semua akan terbongkar.Tu pasal dia 'Qhaplah'

    BalasPadam
  3. DOA HAMBA:

    .....Ya tuhan kami, berilah kemenangan mutlak kepada Parti Islam SeMalaysi (PAS), untuk mengambil alih kuasa pemerintahan Negara Malaysia dan Negeri Negeri di dalamnya. Berilah kemenangan kepada calon-calon PAS dalam setiap Pilihan Raya. Dengan kemenangan itu dapatlah kami dengan izinMu melaksanakan Syari’atMu, hukum hudud, qisas, diat dan ta’zir.

    Sesungguhnya Kerajaan Ubn telah berkuasa lebih daripada 54 tahun, dan terbukti golongan ini tidak menerima pakai Syari’atMu dalam sistem perundangan kehakiman dan keadilan dalam Negara Malaysia dan NegeriNegeria di adalamnya, malahan mereka mengguna pakai Undang-Undang Malaysia Kanun Keseksaan Akta 574, yang di pusakai daripada undang-undang penjajah Inggeris, yang mana bercanggah dengan Syari’at Islam, bahkan Syirik dengan Syari’atMu..

    Oleh itu apalah kiranya, berilah amanah kepimpinan kepada golongan Ulama’ dan Cendiakawan dalam PAS yang bercita-cita untuk melaksanakan Syari’atMu dan menqanunkan Syari’atMu kedalam sistem perundangan kehakiman dan keadilan dalam Negara Malaysia dan Negeri-Negeri di dalamnya.

    Kami yakin dengan janjiMu, bahawa ada keberkatanNya apabila di laksanakan Syari’atMu, kerana Engkau sendiri yang akan mencegah manusia daripada melakukan jenayah, seperti firmanMu (Nakala min Allah), cegahan dari Allah. Mudah-mudahan aman tenteramlah Negara kami seperti yang amannya Negeri Mekah Al Mukaramah yang Engkau contohkan dalam banyat ayat-ayat al quran, (Haza balad il amin).

    Sesungguhnya Syari’atMu: Menjamin keselamatan ‘Aqidah dan mencegah gejala murtad; Menjamin keselamatan nyawa dan mencegah kejadian bunuh membunuh dan mencedera anggota badan dengan tiada haknya; Menjamin keselamatan harta benda dan wang ringgit dan mencegah kejadian curi mencuri, rompak merompak, menyamun dan melanun, dan meragut: Menjamin keselamatan zuriat dan keturunan dan mencegah kejadian zina dan rogol di kalangan masyarakat; Menjamin keselamatan ‘akal fikiran dan mencegah keruntuhan akhlak di sebabkan arak dan dadah; Melaksanak Mu’amalat Islam dan menghapuskan amalan riba dan judi.

    (Walau anna ahlal quro amanu wat taqau, la fatahna alaihim barokati min assama wati walardl) Sekira panduduk sesuatu negeri beriman dan bertaqwa, nescaya (Allah) bukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi. Oleh itu, Ya Allah, jadikan kami dari golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa, beramal soleh, beramar ma’ruf nahi munkar, sentiasa taat dan patuh akan segala perintahMu, mengerja apa yang disuruh dan meninggal apa yang di larang......

    BalasPadam
  4. india malaysia sokong pas dap san anwar

    BalasPadam
  5. Bn menang besar yg gelabah anu arr dia nak blah us

    BalasPadam