Misai Merah

Kempen Anti Zina Valentines Day


 Kerajaan Negeri akan melancarkan gerakan pencegahan zina sempena Hari Kekasih pada 14 Februari ini, ujar EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr. Halimah Ali. 
Beliau memberitahu gerakan ini akan menumpukan kawasan-kawasan yang selalunya menjadi tumpuan anak-anak muda memadu asrama seperti pusat membeli-belah, kawasan tasik dan dataran.
"Kita akan adakan ekspedisi dakwah di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pasangan muda-mudi.
"Pada malam itu juga penguatkuasa JAIS, pihak polis serta penguatkuasa PBT akan melakukan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan-kawasan tersebut," beritahu Halimah yang ditemui selesai mesyuarat Kempen Anti Zina semalam.
Menurutnya lagi, kempen yang telah memasuki fasa keenam ini bukan sahaja melibatkan kepimpinan peringkat negeri dan daerah sahaja, tetapi menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi.
"Untuk mengatasi masalah secara menyeluruh tentulah pemimpin kawasan masing-masing seperti orang masjid dan surau perlu dilibatkan.
"Mereka bukan sahaja paling berupaya melakukan follow-up, malah juga follow-through secara berkesan," jelas Halimah yang juga merupakan Adun Selat Kelang.
Sepanjang lebih kurang dua tahun penganjuran kempen di bawah kelolaan Generasi Idaman Selangor (GEMS), kempen ini dilihat berjaya menarik pelbagai pihak bekerjasama mendidik masyarakat mengatasi penyakit-penyakit sosial khususnya zina.
"Mereka ini makin bersemangat, proaktif, berani dan positif kerana mereka merasakan bahawa mereka juga telah memberikan impak yang besar bagi masyarakat mereka.
"Sekurang-kurangnya mereka menyedarkan orang ramai tentang bahaya zina dan mempromosikan kempen anti zina ini sendiri, di mana selama ini ramai pihak yang tidak peduli," ulas Halimah.
Halimah turut menjelaskan bahawa program yang diatur bukan sekadar mencegah perbuatan terlarang seperti zina, tetapi juga untuk mendekati dan mendidik golongan muda dengan menyediakan mereka alternatif bagi bersantai dan berhibur.
"Contohnya seperti Sambutan Tahun Baru pada malam 1 Januari lalu. Bila hampir pukul 12 tengah malam, barisan pimpinan bersama artis-artis, bersama Ustaz Azhar Idrus, Zizan menyanyikan Asma Ul-Husna dan ditutup dengan doa oleh Ustaz Azhar.
"Inilah gambaran yang kita mahu beri kepada golongan muda bahawa kita faham yang kamu mahu iaitu seni, muzik, hiburan lawak dan sebagainya. Namun semua ini harus dilakukan dengan beradab dan tidak melebihi batas," jelas Halimah.
Sementara itu Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Keenam ini akan diadakan pada 11 Februari ini di UNISEL Bistari Jaya pada jam 3 petang.-TVSelangor
 Tengok video di sini.

0 comments:

Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009