Khamis, 16 Februari 2012

Apa beza Hasan Ali dengan orang kampung saya?

Saya tertarik dengan komen Hasan Ali isu Israel laknatullah  dan  Anwar Ibrahim Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang dilaporkan Malaysiakini;

Bahkan Hasan berkata ramai rakannya di Eropah dan negara Arab berhubung dengannya menyatakan mereka memandang berat dengan apa yang disuarakan oleh ketua pembangkang itu.Baca di sini.
Saya tak kata Hasan Ali cakap bohong cuma tergelak tapi tak terkejut sikit pun.Saya teringat kisah orang kampung saya yang suka cakap merapu dan melalut-lalut.Ketika hujan lebat dan guruh berdentum dentam orang tak dengar suara dia dok cerita dia tanam rebung.Disebabkan orang tak dengar dia pun kuatkan suara dia berkata ," Aku tanam rebung 10 relung." (orang Kedah cakap relung tak kira ekar).Orang yang dengar cakap dia kata lagu tu semua pakat gelak tapi tak terkejut sebab orang tau dah kata dia cakap bohong.Dia kata,"Awat hang pa gelak?".Orang lain jawab,"Tak dak apa aihhh cuma kami nak tergelak ja bukan ada apa pun."
Bila si melalut tu balik kawan-kawan pakat kata ,"Kaki temberang tu pi dunia mana pun orang kenal dia cuma dia saja tak kenal orang."
Imam tempat saya yang berkelulusan UKM kata kat saya, Betulkah Hasan Ali ramai kawan di Eropah dan negara Arab.Adakah gerakan Islam dunia kenal akan Hasan Ali?" Saya kata kat ustaz tu,"Dia orang hebat ada PHD tentu ramai kawan."Kata ustaz tu lagi ,"Hasan Ali bukan dalam Pas saja dikatakannya parasit tapi orang ada PHD yang tak duduk dalam Pas pun kalau tegur dia dituduhnya parasit."


Menarik;
Pemimpin politik harus henti guna agama demi kepentingan peribadi, kata Dr Asri-M'insider

3 ulasan:

  1. Orang kampung saya kata kalau misai merah orang tu suka berbohong...betul ke? cuba tanya Hasan Ali tentu dia tau..!

    BalasPadam
  2. entah cuba tanya uthman el muhammady rambut misai janggut semua merah, agak2 dia suka bohong tak tungkaran

    BalasPadam
  3. Hoi tungkaran hati!!

    Orang kam,pung aku kata janggut merah macam Uthman El Muhammady penipu dan sesat... betul ka?

    BalasPadam