Misai Merah

Himpunan Hijau pindah ke Padang MPK 4

Himpunan Hijau 2.0 telah berjaya mencapai kata sepakat dengan polis hari ini untuk memindahkan perhimpunan mereka ke padang MPKT 4 Kemunting, kira-kira setengah kilometer dari tapak asal himpunan.


Dalam pertemuan antara jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 itu dengan Ketua Polis Negeri,  Datuk Sharifudin  dan Ketua Polis Kuantan, Tuan Jasmani, polis memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini.

Kata sepakat itu dicapai dalam perjumpaan yang diadakan di Balai Polis Kuantan jam 10 pagi tadi dengan disertai oleh lima wakil Himpunan Hijau.

Antaranya adalah Fauziah Salleh (anggota Parlimen Kuantan), Mahmud Yaakob, Wong Tak dan Clement Chin.

Sejak semalam, kawasan Padang MPK yang terletak di tengah bandar Kuantan telah dipagar oleh pekerja Majlis Perbandaran Kuantan.

Perhimpunan Hijau 2.0 dianjurkan bagi membantah pembinaan kilang Lynas di Gebeng akan diadakan 26 Februari (Ahad ini) mulai jam 9 pagi.

Semua rakyat dari seluruh pelosok negara diseru supaya beramai-ramai hadir dalam himpunan yang telah mendapat kebenaran dari polis ini.

Di bawah akta polis yang baru, kebenaran polis bukan lagi dinamakan permit tetapi kebenaran bertulis polis dengan syarat-syarat yang ditetapkan dari polis.

Padang MPK 4 juga dinamakan Padang Kemunting terletak di depan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan iaitu di Jalan Kuantan - Gambang.

Menurut Yang Dipertua PAS Indera Mahkota, Nasrun Amir, padang ini boleh mengisi sekitar 20,000 orang pada satu masa.-Harakahdaily



1 comments:
syedbuadbib@mail.com

gara-gara polis, mpk dan adenan terbukti akan mengharamkam himpunan hijau ni.

last minute pagar, last minute tukar venue, saya pasti besok ada tank tembak air, r.e.l.a. laknat, dan peserta akan kena pukul.

kedai-kedai sini semua kena isi borang polis mengenai 26 feb - kedai bukak tak, kamu sokong tak, macam-macam lagi.


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009