Misai Merah

'Hasan Ali ingat kita macam duduk di Selatan Thailand'

Free Malaysia Today melaporkan Program Jati lesu Hasan salahkan Pas di Terengganu.Bila rakyat Terengganu tak bagi karpet merah kepada Jati Hasan Ali mulalah si Hasan yang gunakan agama sebagai alat peribadi beliau terus menyerang Pas di Melaka negeri yang orang kata bernafas pun berbau Umno.Tapi tu dulu Melaka pun tak lama lagi dijangka turut akan meranapkan Umno dalam pru 13 akan datang.

Kerja Hasan Ali sekarang menakut-nakutkan orang Islam dan Melayu dengan jadikan isu agama sebagai senjata untuk orang Melayu benci Pas parti yang pecat beliau Januari lalu.Kata Hasan Ali seperti yang dlaporkan sinar harian online Hasan Ali dakwa 'mungkin tiada lagi azan kumandang' jika PR berkuasa.

“Tidak mustahil azan juga akan diharamkan bila PR terus berkuasa dan Pas menyatakan apa yang hendak dibuat me­ngenai Islam mesti rujuk dulu kepada parti komponen ­dalam PR iaitu PKR dan DAP ­sedangkan ia berhubung kait agama Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Sim-­p­osium Perdana Menjunjung Daulah Islam, Perpaduan Ummah dan Selamatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Alamanda, malam kelmarin.


Saya teringat  Dr Asri bekas mufti Perlis kata kepada Hasan Ali yang masa tu masih seorang Exco di Selangor yang minta Hasan Ali dedah nama Muslim murtad buktikan dakwaan benar, antara lain Dr Asri kata “Malanglah jika Exco agama yang memerintah negeri dengan segala dana harta dan kuasa membuat kenyataan bagaikan seorang Muslim di Selatan Thailand yang tertindas,” kata Asri lagi.
Justeru kata beliau, cara dan gaya mempertahankan Islam pada era ini memerlukan pendekatan lebih bersifat semasa dan berkesan.
Tambah beliau, sepatutnya sebagai “parti alternatif” Pakatan Rakyat mempelopori pendekatan baru yang lebih berkesan dan meninggalkan cara lama yang mungkin sudah tidak sesuai untuk era ini.
“Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada Muslim juga yang bertambah “keliru.
“Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula. Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini,” kata beliau lagi.
Hasan Ali lupa semasa zaman Umno-BN ni lah nama Islam pernah dicadangkan untuk dihapuskan daripada digunapakai oleh pertubuhan Islam nasib baik Majlis Raja-Raja Melayu yang jadi Ketua Agama Islam tolak kalau dengar cakap Umno masa tu habislah nama Islam pada pertubuhan yang guna nama Islam.Nasib baik yang dengar ceramah Asan Ali tu orang Umno yang lupa sejarah!

Di Selangor semasa Umno-BN berkuasa dulu roboh surau di Bangi, kunci surau tutup surau di seksyen 8, Shah Alam jadi macammana nak azan!

Saya yakin jika Hasan Ali berterusan menakut-nakutkan orang Islam dengan Islam satu hari nanti Allah SWT akan tetap membalasnya.Logo Jati sendiri dah macam logo puak Setan siapa sangka boleh jadi macam ni?Teruskanlah agenda bercakap bohong ,kini dimana-mana pun orangramai mula pertikai percakapan Hasan banyak bohong daripada yang benar.Bak kata orang bohongnya semakin menjadi-jadi sebab dia rasa seronok kerana dia ingat rakyat percaya apa saja yang beliau kata.Betullah kata seorang ustaz dalam masjid ada orang seronok dapat PHD.Malah lagi seronok kalau ada dua PHD!

1 comments:

Biarkanlah siLuncai (Hasan Ali ) itu terjun dengan dengan labu-labunya).Makin banyak dia bercakao makin banyak dia berbohong,makin banyak dia berbohong makin senang dia masuk neraka.Itu pilihan dia.


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009