Rabu, 8 Februari 2012

'Hasan Ali gila talaq dan gila nak jadi MB'

Setelah puas Hasan Ali buat 'roadshow' untuk pertahankan dirinya akibat dipecat daripada Pas kini nampak semakin lengang isu berkaitan Hasan Ali.Cuma sekali sekala media pro Umno keluarkan kenyatan Hasan yang menguntungkan Umno iaitu serangan beliau terhadap Pas.Kalau Hasan tak serang Pas dalam ceramah akidahnya maka muka Hasan tak akan keluar dalam media arus perdana kerana ini merugikan Umno.Tak percaya?Kalau takat buat ceramah isu murtad  dan akidah Umno tak akan layan Hasan Ali.

Setelah Hasan tuduh ahli parlimen Shah Alam sebagai parasit dalam Pas dan dakwa kata 72 peratus pemimpin Pas dikuasai golongan sekular Khalid Samad bangkit jawab tuduhan Hasan Ali terhadap beliau.Kata Khalid Samad dalam blog beliau khalidsamad.com ;

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.


Kata Khalid lagi;


Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas). 


Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.Baca semua di sini.


Hasan...sedarlah kamu menang jadi wakil rakyat tu bukan semua ustaz dan tok lebai yang undi kamu.Tapi undi itu termasuk orang bukan Islam yang tak mandi junub, kencing tak basuh, berak calit dengan tisu.Jangan ingat yang tak ada pendidikan agama ni semua sekular tapi kena ingat mereka berada dalam Pas kena tolak sekular dan ajaran nasionalisme dan asobiyyah sempit Umno.

1 ulasan:

  1. Sebagai tambahan kepada citer di atas, ambo prihatin nak kongsi apa yang berlaku selepas 8 mac 2008. Klu kat negeri lain dia orang terus buat mesy prhubungan negeri bagi bentuk kerajaan dgn pkr dan dap.

    Tp si hasan ni 3 hari baru nak buat mesy prhubungan negeri sbb nak nego dgn umno utk bentuk kerajaan dan dia jadi mb. Antara kepala yg trlibat jayakan semua ni trmasuk roslan shahir, suwardi yaakob dan ust nasha mat isa.

    Surat yg pas pusat keluar utk mengesahkan persetujuan pas supaya tan sri khalid jadi mb telah diperap oleh roslan shahir utk memberi masa bagi si hasan nego dgn umno.

    Selepas gagal 3 hari kemudian, hasan pun panggil mesy prhubungan dan dia kena hentam dan dicop pengkhianat oleh ajk prhubungan kerana mengkhianati kehendak parti dan rakyat.

    Jadi nampak tak si hasan ni memang parasit dari awal. ....

    BalasPadam