Malaysia kononnya amalkan sistem demokrasi yang berkiblatkan negara bekas penjajah British.Tapi apa yang kita nampak ruang demokrasi terutama dalam media arus perdana hanya dikuasai sebelah pihak iaitu Umno-BN.Pihak pembangkang hanya bergerak melalui ceramah dan media internet, blog dan FB.Kalau kita tengok dalam tv yang jadi barua dan pencacai Umno diberi ruang yang seluasnya untuk kutuk parti lawan.Pihak lawan pulak tak dapat ruang nak jawab sebab tak diberi peluang.Jadi jawabla dalam lidah parti sendiri dan tempat ceramah.Yang duduk diceruk kampung hanya berpandukan siaran berita TV yang penuh dengan propaganda Umno-Bn.TV berbayar pun sama tak sampai 5 peratus pun ruang untuk parti pembangkang suarakan hak mereka.Depa ingat yang langgan tv berbayar hanya Umno belaka.
Memang seronok buat forum atau program apa pun dok hentam parti lawan dalam tv sebab tak jemput parti pembangkang suarakan hak mereka,Ini namanya program syok sendiri.Yang tanya dengan dengan yang jawab satu lubuk dan sama spesis.Ini namanya dayus dan pengecut.Dok tipu diri sendiri.Di negara luar parti pembangkang ada tv sendiri di negara kita hanya parti pemerintah yang gila kuasa saja ada hak atas badan penyiaran.TV kerajaan jadi tv Umno walaupun guna duit rakyat.
Tu pun dengan kuasa Allah SWT Umno tumbang 5 negeri dalam pru 12 yang lalu.Ini kuasa Allah SWT sapa boleh halang.Tak cukup dengan cengkam arus media perdana tapi masih buat kerja gila dok ganggu ceramah parti pembangkang dengan pukul, tumbuk, pecah cermin kereta , tendang kereta sampai kemek walaupun ada segala-galanya.Mungkin ini yang dikatakan hak asasi bagi samseng Umno-BN.Matlamat halalkan cara.Terkini samseng Umno menggila di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor.Di Kedah mungkin sebab kerana masing-masing ada kepala masam jadi kalau nak berlawan tumbuk mungkin ada yang lari tak cukup tanah.Atau depa dah kawtim ha ha!
Woiittt sampai bila nak main politik samseng taik kucing.Dunia makin menuju ke depan bukan patah balik ke belakang.Debatla kalau berani takkan hanya berani dalam tv dan media sendiri ja.Takkan nak tunggu bini bagi signal baru berani debat.Takut apa ....Kalau Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek berani debat PM Najib, Hishamuddin sepupu Najib, Muhyiddin, Khairy debatla .TGHA dah ajak, Anwar dah ajak, Mahuz dah ajak debat la tunggu apa lagi.Takkan nak biarkan anak buah jadi samseng taik kucing sampai dunia kiamat.Jangan jadi macam Hasan Jati Tiga Jalur, Khalid Samad ajak debat dia senyap.Berani kot jauh saja.
Macam-macam boleh debat dan tajuk boleh pilih sendiri takkan tak berani?Contoh Siapa kebas duit sahama Bumiputera lesap RM52 bilion?, Pas kuda Dap, Dap Kuda Pas, NFC RM250 juta, Warga Asing dapat MyKad, Siapa arahkan bunuh Altantuya?, Komisen kapal selam Scorpene, Guna duit KWSP sesuka hati,Siapa sokong Israel Umno atau Anwar?, Boleh pinjam duit zakat dan macam-macam lagi.Jangan hanya jadi jantan dalam kelambu saja.
Baca juga;
Pemimpin BN, Pakatan mahu lebih banyak debat-M'kini
PKR:Tengku Adnan patut atur debat PM-Anwar-M'kini
Mahfuz cabar Hishamuddin debat-Harakahdaily
Hisham restu kereta Anwar diserang di Sembrong?-Harakahdaily
Samseng Umno pecahkan cermin kereta Anwar-Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan